Menghargai Masa Remaja

Assalamualaikum.

Masa remaja adalah masa yang paling menyeronokkan .Masa remaja inilah dimana kita sedang mencari identiti diri kita yang sebenar untuk menempuh kehidupan dunia yang mencabar dimasa hadapan. Pengalaman di alam remaja ini akan akan dibawa ke alam dewasa dan bakal mencorak kehidupan kita dimasa hadapan kelak. Semasa berada di alam remaja banyak ujian dan cabaran yang terpaksa anda hadapi.

Masa remaja inilah kita semakin mengenal erti kehidupan. Ini kerana sebelum ini kita berada di alam kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak anda masih tidak mengenali erti kehidupan lagi. Pada masa remaja inilah anda semakin mengenali siapa diri anda, apa yang anda minat, siapa calon yang anda suka dan banyak lagi perkara.

1) Pada masa remaja inilah anda perlu menghargai setiap masa yang ada. Jangan sia-siakan masa yang anda ada dengan melakukan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dengan membuang masa, merempit di jalanan, berdating dengan pasangan dan banyak lagi. Sebaliknya anda hendaklah gunakan setiap masa yang ada dengan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin kerana di masa remaja ini anda masih belum mempunyai dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab yang berat berbanding dengan orang dewasa.

2) Semasa di alam remaja, minda dan ingatan seorang remaja masih lagi segar dan kuat. Gunakan ia dengan sesuatu yang dapat memberi berfaedah dan berharga kepada diri sendiri dan juga orang lain. Sewaktu remaja ini banyakkanlah membaca, belajar dan mengulangkaji segala ilmu yang banyaknya di alam semesta ini. Ilmu Allah itu sangat luas mungkin anda tidak mampu untuk mempelajari semuanya tapi berusahalah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan anda selagi terdaya. Jadikan budaya menuntut ilmu sebagai hobi anda pada setiap masa.

3) Ilmu yang anda tuntut bukan hanya perlu tertumpu kepada ilmu-ilmu akademik yang dipelajari disekolah atau di universiti sahaja. Sebaliknya cuba terokai ilmu-ilmu lain selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat islam. Apabila anda mendalami ilmu dalam banyak bidang lain ia akan dapat memberikan kekuatan dan membuatkan anda menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Anda juga tidak akan mudah diperdaya oleh orang lain yang lebih dewasa dari anda walaupun mereka mempunyai lebih banyak pengalaman dari anda.

4) Setiap tindakan yang anda lakukan adalah melambangkan kebijaksanaan dan kematangan anda dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap tindakan yang anda lakukan akan sentiasa diperhatikan oleh orang lain disekeliling anda. Jika buruk tingkah laku anda maka buruklah pandangan orang lain terhadap anda. Walaupun masih di alam remaja, sentiasa lakukan perkara yang membawa kebaikan dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ini kerana orang lain akan menyukai sikap anda dan akan menghormati anda walaupun anda masih seorang remaja. Buatlah sesuatu perkara yang akan menyenangkan hati sesiapa sahaja yang berada disekeliling anda.

5) Memang ramai remaja yang berpendapat yang di alam remaja ni adalah masa untuk bersuka ria, berseronok, bergembira dan sebagainya. Memang tidak salah untuk hidup bersuka ria dan berseronok ni namun ianya tidak boleh berlebihan sehingga mengabaikan pegangan agama dalam diri. Ramai remaja yang hidup dalam keseronokan sehingga mengabaikan suruhan dan larangan agama seperti meninggalkan sembahyang, melakukan maksiat antara lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Janganlah kita sebagai remaja hidup dalam kelekaan kerana mengejar keseronokan dunia ini yang hanya sementara saja.

6) Usia ramaja ini masih lagi muda. Jadi, ramai remaja yang beranggapan yang hidup ini masih lagi panjang. Ramai yang sering mengabaikan ibadah terutamanya solat. Ramai yang merasakan yang bila dah tua nanti barulah nak solat. Masa muda ni nak enjoy dulu. Banyaklah mereka punya enjoy..adakah kita merasakan yang hidup kita akan sampai ke tua? Adakah kerana kita muda kita tidak mungkin akan mati? Bagaimana agaknya kalau Allah telah memanggil kita semasa kita masih lagi dalam keadaan yang tidak bersedia di usia yang masih muda kerana sering mengabaikan ibadah.

Sebagai kesimpulan, jangan jadikan kehidupan di usia remaja sebagai sebab untuk kita hidup bebas di usia muda remaja ini. Gunakanlah sepenuhnya masa usia muda remaja anda supaya anda dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Jangan hanyut dan terleka dengan dunia ni dan menjadi seperti sampah masyarakat yang hanya hidup segan mati tak mahu. Bukan niat dihati untuk memburukkan mereka tapi kalau hidup dalam keadaan yang sedemikian semua orang tidak suka. Ayuh remaja islam bangkitlah, anda adalah pewaris masa depan agama, bangsa dan negara.
Walahualam..

MENGAPA SAYA MASUK ISLAM?-YUSUF ISLAM

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya – siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, “Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya.”

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, “Stevens”. Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

– Artikel iluvislam.com

2934923_1738618951_n.jpg”>

Melodi dan Lagu seakan tidak dapat dpisahkan,begitu juga naluri IBUBAPA ingin memiliki ANAK SOLEH juga xdapat dipisahkan Quest Solution Training & Consultancy (001840821-K) kini tampil UNTUK membantu ANDA!mnyajikan anak2 anda dengan penerapan 5 cinta yang d himpunkan.Percayalah!pelaburan anada ini TIDAK SIA-SIA!!Kerna ini adalah salah satu method Melabur Untuk akaun akhirat anda kerna anak-anak yang soleh bakal menjadi pahala yang sentiasa mengalir buat insan yang bergelar ayah atau ibu!!Jom jangan lepaskan peluang keemasan ini,KEM MUZIKAL YANG PERTAMA DI MALAYSIA bagi mendidik dan menarik anak-anak anda mengenali islam dalam method yang berseni.

TAWARAN HEBAT DAN ISTIMEWA!KEM MUZIKAL ANAK SOLEH PERTAMA Di MALAYSIA (30/12/11 – 1/1/2012)!!AKAN MEMBUKA PENYERTAAN UNTUK 5O ORANG AHLI KRU SAHAJA yuran asal rm150 namun kini KHAS UNTUK AHLI KRU RM50 SAHAJA !WOWW HEBATKAN??JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI..CEPAT-CEPAT..sila hubungi terus AL AMIN 0148696624 ATAU KHAIRUNISSA 0135550368..

Celupan Allah


Pernah, satu masa seorang Badwi menjadi mulia. Sang Nabi S.A.W pedoman murni mengagih-agih harta rampasan perang dan Badwi menolaknya. Katanya, aku tidak berjuang untuk semua emas dan perak. Jerihnya bukan untuk disanjung, susahnya bukan mahu didokong.

Sambil menunjukkan ke lehernya, katanya, “Aku hanya berjuang agar anak panah musuh dibenam dalam tengkukku ini, duhai Rasulullah.”

Jelas. Tegas. Ikhlas.

Jawab Rasulullah S.A.W, “Kalau itu yang kamu mahu, moga Allah sampaikan hasratmu.”

Kemudian terjadilah lagi peperangan. Berjuanglah para Mukmin mencari syahid, mencari syurga tertinggi langit. Syahadah, yang menjadi janji dengan Allah kini ternampak kesannya. Di medan tarung itu menjadi ramailah manusia yang percaya dan memuncak cintanya.

Seusai jihad, Muslimin mencari Sang Badwi. Ternyatalah telah tembus anak panah musuh di tengkuknya. Badwi telah syahid, terjumpa syurga tertinggi langit. Manusia-manusia yang tercelup dengan celupan Allah itu luar biasa. Cintanya mendasar dalam dan rindunya memusat dendam. Dia bercinta dengan Tuhan, dan cintanya sangat dahsyat. Merasakan kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupannya,dan merindui Allah pada waktu lupanya. Di saat-saat susah dia mencari Allah. Pada waktu-waktu bahagia dia memuji Yang Maha Kaya.

Firman-firman Allah S.W.T, penguasa sekalian manusia,

“Celupan Allah yakni agama Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.” (Al-Baqarah:138)

“Dan di antara manusia yang menyembah Tuhan selain daripada Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman itu sangat besar cinta mereka kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya milik Allah, dan bahawa Allah sangat berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (Al-Baqarah:165)

Dan menjadi resam, setiap yang bercinta itu berkorban. Kau sudah tahu cerita Taj Mahal dan Shah Jahan. Kini aku mahu berkisah tentang seorang sahabat namanya Mus’ab bin Umair. Sebelum Islam, beliau pembuat hati menjadi cair. Terlalu tampannya Mus’ab, sehingga para gadis tergila-gilakannya. Popular. Kaya. Dia yang paling ideal, paling sempurna.

Setelah beliau memeluk Islam, beliau syahid di medan Uhud. Saat dia mahu dikapankan, kainnya tidak cukup panjang. Ditutup kepalanya terdedah kaki. Ditutup kaki terdedah kepala. Lantas ditutup kepalanya dan diambil daun-daun kering untuk menutup kakinya.

Itu harganya cinta, teman. Cinta untuk Tuhan. Oh, apa sahaja yang sanggup aku dan kau korbankan? Bila pula kali terakhir aku dan kau meredam cinta-cinta yang memberhala di jiwa, selain cinta dengan Allah? Ujar para pentafsir, celupan Allah itu agama.

Ayuh, kita beragama. Menjaga solat yang lima. Istiqamah dalam membaca al-Quran. Khusyuk dalam rukuk. Menghamba di dalam sujud. Membasah lidah dengan zikrullah. Mencari teman-teman pengingat Allah. Menjadi sibuk dengan kuliah-kuliah. Berdoa, penuh mendesah. Tahajjud, menghapus salah. Dalam jutaan warna yang boleh kau corakkan jiwamu, warnakanlah dengan celupan Allah Yang Satu. Moga akhirnya mati sebagai pemenang.

Meraih Pahala Melalui Facebook


Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.

Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.

Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Ivy League, dan Universiti Stanford.

Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:

سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَاسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ
Maksudnya: “Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad, al-Fakihi dalam Fawaid Abi Muhammad al-Fakihi.

Meraih Pahala Bersama Facebook

Tajuk ini bukanlah menggalakkan kita terus berfacebook kerana termotivasi dengan terma ‘pahala’. Ia cuma sebagai pendorong kepada kita untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa berfacebook untuk memperoleh pahala dari-Nya.

1. Facebook Chat

Berbual menggunakan Facebook Chat sememangnya menyeronokkan. Sahabat yang jauh, terasa dekat. Masa yang lama, terasa singkat. Tambahan pula dengan adanya video call, seakan ‘melekat’ batang tubuh di hadapan komputer. Lepas seorang, seorang lagi. Hingga larut malam.

Adalah lebih baik jika chatting itu terisi dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Boleh jadi ia perbincangan masalah dalam pembelajaran, perbincangan isu-isu agama ataupun sekadar bualan bagi mengeratkan ukhwah.

2. Status

Terkadang rasa lucu, geram, keliru, hairan dan seronok melihat ragam status rakan-rakan Facebook setiap hari. Ada yang jenis update status setiap jam. Ada yang suka meluahkan perasaan selepas putus cinta. Ada yang meluahkan kemarahan di Facebook.

Tidak kurang juga ada yang bergaduh, saling perli-memerli (sempat lagi tag ‘musuhnya’). Bagi yang membaca status, jari-jemari ligat menekan ‘like’. Ada juga yang menulis status dan mengharapkan ‘like’ yang banyak. ‘Like’ yang banyak mungkin satu kepuasan buat dirinya.

Tulislah status yang bermanfaat, diletakkan link ceramah agama dari Youtube, ataupun sekurang-kurangnya video-video menarik lucu dan berunsur nasihat dari blogger terkenal Malaysia seperti Mat Luthfi, Anwar Hadi atau Aiman Azlan .

Boleh juga diupload gambar-gambar bermanfaat, design testi yang menarik dari ILuvIslam, lukisan dari Rusydee Artz, komik Islamik dari MFR Studio dan juga Komik Dakwah Online.

3. Group

Kadangkala, aplikasi group ini agak menyerabutkan. Apabila semuanya serba mudah di dalam Facebook ini, maka makin ramai yang membuat group. Lalu di add masuk ramai orang ke dalamnya. Kadangkala, tidak pernah diminta untuk masuk ke group itu, tahu-tahu sudah di add masuk.

Bagi saya sendiri, saya buangkan sahaja group-group yang tidak membawa manfaat dan sertai group yang bermanfaat. Cuba turut serta dalam perbincangan group dan lontarkan pandangan, ilmu mahupun komen anda.

Usah sekadar menjadi ‘silent reader’ kerana kadangkala kefahaman kita terhadap sesuatu isu mungkin tersasar dari maksud sebenar. Jadi, dengan mengemukakan pandangan atau komen, kefahaman anda mungkin lebih jelas.

4. Share

Gunakan kemudahan share untuk berkongsi notes dan status rakan-rakan yang bermanfaat. Adalah lebih baik dikongsi status ilmuan-ilmuan agama kita seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, dan Ustaz Azhar Idrus atau status motivasi dari Prof. Dr. Muhaya, Wardina Safiyyah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

5. Notes

Kemudahan aplikasi Notes di Facebook wajar diguna sebaiknya untuk dakwah. Apa sahaja yang anda peroleh dari pembacaan anda, ringkaskan dan letak di Notes kemudian tag seramai mungkin rakan-rakan anda.

Kita sudah ada majalah Solusi, Tarbawi, GenQ, Fardu Ain, Majalah i, Q & A, dan lain-lain. Malaysia sudah ‘kebanjiran’ dengan majalah-majalah agama. Manfaatkannya untuk mengutip dan menyebarkan seberapa banyak mutiara ilmu di dalamnya.

Apa yang penting, pastikan apa yang anda peroleh dari pembacaan anda perlu dari sumber yang tepat dan bukannya mesej berantai, risalah-risalah yang entah dari mana sumbernya, dan emel yang tiada asasnya. Tidak pasti? Rujuklah individu yang lebih arif.

Firman Allah S.W.T:

“Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui” (Surah an-Nahl ayat 43)

Penutup

Mudahnya mendapat manfaat dan pahala dari Facebook. Ingatlah, Facebook bukanlah segala-galanya dalam hidup anda namun segala-galanya dalam hidup anda boleh menjadi lebih bermakna dengan manfaat dari Facebook.

Bahagi masa anda dengan sebaiknya apatah lagi jika anda masih bergelar penuntut ilmu. Semoga manfaat yang kita peroleh, mampu menjadi bekal kita di sana nanti. Wallahualam.

*sejarah Facebook diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook

-Artikel iluvislam.com

Operasi Bermula..

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Kota Kinabalu(KRU KK) dapat juga membina sebuah laman sesawang untuk tujuan perkongsian ilmu dan makluman program-program. Sekalung tahniah kepada barisan Ahli jawatankuasa KRU KK kerana telah berkerjasama dengan jayanya untuk menyiapkan laman ini. Diharap ada perkongsian yang terjalin diantara kita. Sebarang pandangan dan penambahbaikan bolehlah berhubung terus dengan Tuan Pengerusi. Sekian,Jazakallahukhairan..

Website KRUKK

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah..Blog Kelab remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu telah berjaya diwujudkan.Segala Maklumat tantang program Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu akan diupdate dari masa ke semasa.Syukran diatas sokongan dan dorongan sahabat-sahabat KRUKK dalam menunbuhkan website ini.Jazakallahukhairan..