Program Transformasi Menuju Misi!


Description
Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) Cawangan Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah akan mengadakan satu program berunsur Islamik pada ketetapan tarikh yang berikut.

Pada bulan Januari 2012..
Tarikh: 28 -29 januari 2012

Tempat: Surau Nur Bahari, Bandar Sierra

Tema : Transformasi Hakiki

Yuran : RM 3

Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor yang tertera :

Nazree Munir : 0149541332
Satriani : 0109495804
Sarimah Massa : 0146597194

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur ‘hye-hye dan bye-bye’ tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta’aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta’awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

“Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR. Bukhari-Muslim).

– Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis
Farisha Assila Binti Saharudin merupakan seorang pelajar di Institut Perguruan Pulau Pinang dalam bidang pendidikan pemulihan.

Bersama KRU Beaufort

Image

 

Asalammualaikum .. sengaja ana karang satu coretan inie hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman ana selama ana berada dalam program qiam KRUB ni kepada semua warga Komuniti Usrah PSS&KRU .. 
Alhamdulillah ♥ dan rasa bersyukur stlah dapat pergi dan sampai ke Qiam Perdana Beaufort kali ke-2 yang bertemakan Kembara Ilmu . dimana saya sendiri dapat merasakan begitu banyak pengetahuan yang saya tidak tahu .. saya dengan sahabat2 KRUKK yang seramai 8 orang hanya berhasrat hendak melawat KRUB yang rata2nya masih lagi muda dan ibarat hijau daun . tidak mahulah saya katakan yang KRUB nie ibarat baby .. hehe .. kesian plak . asyik2 lagi tu asal berucap jah ahli2 KRUB msti tak lari mengatakan “Bantulah kami ni . yalahkan kami nie masih lagi BABY ” ..
tidak begitu ya . kita semuanya sama . yang tua mahupun yang muda tidak menjadi ukuran kita untuk menyebarkan Islam itu .. yang penting kita buka minda kita untuk bersama2 kita mencapai satu matlamat yang utuh iaitu menyebarkan kru di setiap tempat masing2 dan menyebarkan Islam berdasarkan apa yang Rasulullah pernah buat . 
Hasrat sebenar KRUKK nak sertai Qiam KRUB nie hanyalah nak melawat dan memberi tunjuk ajar . tapi apa yang saya dapat rasakan pula adalah sebaliknya . dimana sambil saya dan rakan2 memberi tunjuk ajar kami juga dapat memperlajari sesuatu daripada mereka ….biarpun tidak banyak yang kami beri tunjuk ajar kepada mereka tetapi saya amat bersyukur dapat menyampaikan ilmu itu biarpun satu ayat .. sprti dalam hadis Rasulullah …

Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk KRUB Qiam kali nie ya .. dengan tunjuk ajar antum sekalian ana dapat belajar sesuatu yang dapat memberi semangat kepada ana untuk terus bersama dalam menggerakkan KRUKK seperti yang antum sekalian lakukan .. Qiam korang biarpun simple tapi penuh dengan pengisian yang bermanfaat . korang jangan putus asa ya . sebenarnya setiap daripada korang semua punya kebolehan tersendiri yang tersembunyi dalam hati antum sekalian …cuma perlu diasah sedikit jah dengan sedkit dorongan dan bimbingan bersama orang2 yang lebih berpengalaman . cntohnya Abang Hasmadi Hasbi . antum sepatutnya perlu bersyukur mendapat orang seperti abng hasmadi kerana abg madi nie penuh dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang amat bernas justeru dapat membntuk jati diri kalian dalam berprogram .. jadi silalah minta tunjuk ajar kpada abg madi ya . sprt apa yang abng madi pernah ckap dalam postmoterm itu hari . Allah sudah sediakan modul kepada kita dan gunalah ia sebaik mungkin …jadi abng madi juga adalah modul kepada antum sekalian dan insyaallah dapat membntu antum utnk menjayakan program dengan lebih mantap .. 
tidak lupa juga berterima kasih kepada Imam Muda Ali yang sanggup menyambut kami KRUKK dari stesen keretapi terus ke tapak program .. dan Abg Fazrin dari KRU Sipitang yang sanggup menghantar kami pulang … segala jasa kalian semua adalah amat berharga dan semoga ukhuwah kita semua sentiasa berkekalan atas perjuangan Islam yang kita cintai insyaallah hanya kerana Allah SWT .. 
Setakat tu je lha .. jazakallahu.k.k .. wallahualam .

 

Penulis: Nazree Munir

Jemputan kepada semua ahli KRU untuk kita bersama-sama memeriahkan hujung minggu ini. Penyertaan terbuka kepada 50 orang++.

Theme Outfit : Pakaian Riadah

Jom ramai-ramai kita serang 😀
Anda-anda semua amat dialu-alukan untuk membawa makanan . Kita makan ramai-ramai

HAPPY CIRCLE IS O.S.E.M 😀
See you There 🙂