Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!

Ukhuwah

Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur ‘hye-hye dan bye-bye’ tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :

1. Ta’aruf : Saling Mengenal

2. Tafahum : Saling Memahami

3. Ta’awun : Saling Menolong

4. Takaful : Saling Menanggung

5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Di mana letaknya ukhuwah kita?

Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.

semoga Allah perkenankan.

“Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR. Bukhari-Muslim).

– Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis
Farisha Assila Binti Saharudin merupakan seorang pelajar di Institut Perguruan Pulau Pinang dalam bidang pendidikan pemulihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s