Menjelajah Semesta Iman

Alhamdulillah, sebuah lagi program anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah berjaya dibuat pada bulan februari yang lalu.

Program kali ini bertajukkan Menjelajah Semesta Iman yang bertemakan Kesyukuran. Program ini telah dibuat di Taman Awam Teluk Likas pada tarikh 25 Februari 2012 yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Program kali ini adalah dalam bentuk Rehlah.

 Seramai 60 peserta yang hadir dalam program kali ini yang dihadiri dari sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu. Program ini terbuka untuk semua peserta yang berumur dari 13-18 tahun.

Objektif yang dibawakan pada program kali ini ialah :

  • Memperkenalkan kepada golongan remaja dengan istilah syukur yang sebenar yang sangat berkait rapat dengan kehidupan sebagai hamba Allah S.W.T.
  • Membawa golongan remaja mengabdikan diri kepada Allah S.W.T sebagai tanda kesyukuran kepada Pemilik Cinta Agung.
  • Memberi garis panduan kepada golongan remaja dalam membezakan antara cinta Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W dengan cinta manusia.
  • Memberi kefahaman tentang konsep syukur kepada masyarakat melalui pendekatan dakwah yang dijalankan oleh golongan remaja.
  • Membina ikatan ukhuwwah antara golongan remaja yang berlainan sekolah dengan pihak penganjur.

Sesungguhnya konsep Kesyukuran yang dibawakan pada program kali ini adalah untuk menjelaskan dan menerangkan kepada para peserta seterusnya pada para ajk yang masih bergelar pelajar dan anak perlu beryukur dari setiap apa jua aspek kehidupan.

Poster Menjelajah Semesta Iman

Antara aktiviti yang dibawakan pada program kali ini ialah Tazkirah Santapan Rohani , Satu Kumpulan , Satu Harapan,  ‘I Luv U Sahabat’, Garis- garis Kehidupan, Team Buliding, Rantaian Terpanjang, Slot Motivasi dan Jom Jelajah Iman.

Team Building

Rantaian Terpanjang

Satu Kumpulan, Satu Harapan

Makan guna daun pisang - Amal konsep Syukur

Kesemua aktiviti memang sangat menarik. Para peserta teruja dengan setiap slot aktiviti yang dibawakan.

Perkara yang lebih menggempakkan lagi program pada kali ini ialah Slot Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Azhan Atan iaitu Juara Nasyid Akademik TV9. Beliau yang hanya 10 hari sahaja di Sabah mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit motivasi dan pengalaman beliau dalam gerak kerja Islam.

Beliau boleh dikatakan seorang yang tidak sempurna dari orang lain, namun beliau adalah sudah cukup sempurna dari orang lain kerana agama didada sebagai panduan dan tidak pernah menganggap kecacatan yang ada pada diri beliau satu alasan untuk tidak maju dan tidak dapat menyebarkan dakwah Islam ke seluruh tempat.

Ustaz Azhan Atan - Juara Akademik Nasyid, TV9

Tepat pada jam 4.00 petang, para peserta dikumpulkan dan diberi sedikit ulasan dan penggulungan oleh Saudara Mohd Azrin dan dibantu Saudara Sarip tentang program pada kali ini yang bertemakan Kesyukuran.

Pemberian Button, Tinta Remaja dan Bookmark hasil KRUKK diberi kepada semua peserta yang hadir sebagai cenderahati program.

Akhir program diakhiri dengan sesi lambaian ukhuwwah dan sesi penggambaran diantara peserta dan ajk muslimin dan muslimat KRUKK.

Semoga para peserta terus istiqamah dalam mencari dan menimba ilmu dunia mahupun akhirat. InsyaAllah, dalam program-program seperti ini dapat mendidik jiwa anak muda untuk lebih dekat kepada Islam dengan cara dan kaedah yang sesuai dengan jiwa seorang Remaja.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa KRUKK mahupun PSS kerana berusaha dan menyokong program ini dengan jayanya. InsyaAllah segala jasa dan pengorbanan yang diberikan dalam program ini menjadi salah satu amal sedekah kita kepada pembangunan Islam.

Mohon maaf dipinta andai ada tersilap kata mahupun terkasar bahasa sepanjang dalam program ini. Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari silap dan dosa. Semoga kita semua berjumpa lagi di program yang akan datang dengan semangat dan wajah sahabat-sahabat yang baru. InsyaAllah.

Nantikan ..

Assalamualaikum w.b.t.

“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”

Pemberian Button, Tinta Remaja dan Bookmark KRUKK

Sesi Fotografi Kenangan Program

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s