Happy Circle KRUKK

Alhamdulillah, selang beberapa hari selepas Tahun Baru 2012 disambut, Kelab Remaja Ukhuwwah(KRUKK) bersama Persatuan Siswazah Sabah(PSS) telah membuat satu program khas untuk ahli KRUKK dan PSS bagi merapatkan ukhuwwah dan membina sillaturrahim baru bersama ahli dan pimpinan baru dalam KRUKK dan PSS.

Program ini telah dinamakan sebagai “Happy Circle” dan membawa maksud iaitu satu keluarga Islam yang bersaudara tidak kira warna kulit, pangkat, darjat, umur, bahasa dan bangsa. Program ini telah dibuat pada 2 Januari 2012 bertempat di Taman Awam Teluk Likas yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Kehadiran ahli KRUKK dan PSS memang memberansangkan. Beberapa aktiviti yang dibawakan ialah aktiviti Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS, Tazkirah Pagi, Puzzle, Orang Buta dan BBQ.

Beberapa ahli PSS yang hadir iaitu Saudara Mohd Zulhilmey, Saudara Azizul, Saudara Mohd Fanshuri, Saudara Fezri, Saudara Arif, Saudara Arif dan Saudara Akmal.

Program ini bermula dengan aktiviti Tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Tazkirah yang bertajuk Jihad dibawakan. Muslimin dan muslimat yang hadir khusyuk mendengar tazkirah dari beliau. Dengan perwatakan Saudara Mohd Zulhilmey yang lawak spontan, memang tak kering gusi setiap ahli yang mendengarnya.

Tamatnya Tazkirah, slot Ta’ruf bersama KRUKK dan PSS pada jam 8.30 pagi diteruskan dan diketuai oleh Saudara Mohd Zulhilmey. Sesi Ta’ruf ini dibuat secara berasingan antara muslimin dan muslimat. Saudari Rusneyni mengendalikan ta’ruf muslimat dan Saudara Mohd Zulhilmey pula mengendalikan ta’ruf muslimin.

Setelah sesi ta’ruf selesai. Aktiviti seterusnya diikuti dengan aktiviti BBQ yang diketuai oleh Saudara Azizul dan Saudara Fanshuri. Mereka sangat tekun memanggang ayam-ayam yang sudah siap dengan ramuannya.

Aktiviti Puzzle dan Orang Buta pula dibuat sementara menunggu ayam yang dipanggang itu siap. Aktiviti Puzzle ini diketuai oleh Saudari Rusneyni bagi muslimat dan Saudara Renifezri bagi muslimin. Pelaksanaan aktiviti iaitu sekeping kertas mahjong dan satu pen maker diberikan kepada setiap kumpulan.

Seterus itu, ahli kumpulan diarahkan untuk lukis apa sahaja karakter dalam kertas tersebut. Setelah itu, ahli kumpulan akan bertukar kertas dan kertas itu akan dikoyakkan secara keping-kepingan oleh ahli kumpulan yang lain. Dan diberikan semula kepada ahli kumpulan yang asal dan setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk memasang semula keping-kepingan tersebut.

Dengan angin yang membayu di dasar laut, memang mencabar kesabaran setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan Puzzle ciptaan mereka sendiri.

Aktiviti Orang Buta pula dibuat sejurus tamatnya aktiviti Puzzle. Cara pelaksanaan aktiviti ini ialah setiap ahli kumpulan diberi 5 biji gula-gula. Seterusnya, seorang dari ahli kumpulan dipilih untuk dijadikan sebagai Orang Buta. Orang yang dipilih perlu berada di tengah bulatan dan ditutup matanya dengan kain selendang atau dengan apa cara sekalipun.

Selepas itu, Orang Buta tersebut akan dipusingkan selama 3 kali. 5 biji gula-gula tersebut ditabur disekeliling bulatan dan Orang Buta diminta untuk mencari. Arahan untuk Orang Buta mencari gula-gula tersebut dengan mendengar arahan dari ahli kumpulan yang lain. Allahuakhbar ke depan, Alhamdulillah ke belakang, Lailllahaillallah ke kanan dan Subhanallah ke kiri. Ahli kumpulan akan memberi arahan dan Orang Buta perlu mendengar arahan.

Selesainya kesemua aktiviti tersebut, tepat pada jam 11 pagi semua ahli yang hadir menjamu selera ayam panggang yang sudah selesai dipanggang. Pelbagai gelagat yang lucu dapat dilihat tidak kira dari abang-abang mahupun kakak-kakak yang hadir.

Jam 12 tengah hari, persiapan untuk solat dibuat. Kanvas dibentangkan dan kesemua ahli mengambil wudu’ samaada di tandas awam mahupun di laut. Solat zohor diteruskan tepat pada jam 12.17 tengah hari.

Setelah solat, kesemua yang hadir bersiap untuk mengemaskan segala peralatan kerana program bakal berakhir. Jam 1 petang, sesi fotografi dibuat dan diakhiri dengan ucapan dari Saudara Mohd Zulhilmey dan lambaian ukhuwwah.

Alhamdulillah, program yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Segala kerjasama yang diberikan amat-amat dihargai. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian.

Terima kasih kepada PSS KK yang bersama kami dalam program ini. Semoga ikatan ukhuwwah yang dibina tidak pernah putus. Semoga Allah lihat dan makbulkan segala nilai dan niat murni ini.

Sesi Ta'ruf

Aktviti Puzzle

Pengerusi KRUKK bersama Abg PSS

Muslimin KRUKK dan PSS

BBQ

Aktiviti BBQ

Muslimat KRUKK dan PSS

Ucapan akhir dari Abg Zulhilmey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s