Ziarah Mesra KRUKK ke S.k Tanjung Aru 1

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah kerana dengan berkat dan limpah kurnia daripada-Nya satu program anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) telah berjaya dibuat dengan lancarnya di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1.

Program ini telah dibuat pada tanggal 18 April 2012, hari rabu yang lalu. Program ini bermula dari jam 12 tengah hari hingga jam 4.30 petang. Biarpun para ajk kurang kenal akan tapak program pada kali ini, namun semangat perjuangan untuk menyampaikan dakwah kepada remaja-remaja Islam tidak pernah luntur dan perjalanan tetap diteruskan biarpun menghadapi sedikit perjalanan yang panjang dan sesat jalan. Namun itu semua bukan penghalang kepada para ajk yang bergelar Remaja Islam.

Peserta yang disasarkan dalam program kali ini adalah berumur 12 tahun sahaja. Pelajar yang bakal menghadapi UPSR dan bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah rendah. Peserta yang hadir dalam program ini adalah seramai 146 orang. Namun dalam 10-20 orang adalah peserta non-muslim yang turut hadir dalam program ini.

Antara beberapa objektif yang dibawakan dalam program kali ini ialah ;

  • Mengeratkan sillaturrahim antara KRUKK dengan Penyelia Sk.Tanjung Aru 1 dan bersama pelajar-pelajar sekolah tersebut.
  • Mengajak para peserta untuk mengenal dan mendapat sedikit perkongsian mengenai alam ke sekolah menengah rendah.
  • Memberi kesedaran kepada para peserta untuk mengetahui akan tujuan hidup dan tujuan belajar.
Selain itu, beberapa aktiviti yang dibuat dalam program ini ialah dimulakan dengan kehadiran para ajk dan peserta. Seterusnya ialah pengenalan KRU dan PSS, Ice Breaking, Sukaneka, Kotak Beracun, Kaki Terikat, Dunia tanpa Suara dan Telur Angry Bird.
Mari kita pergi ke permulaan program ..

Bermulanya program ini dengan kedatangan para ajk ke Sk. Tanjung Aru 1. Kedatangan para ajk disambut dengan baik oleh guru-guru sekolah tersebut. Keindahan sekolah itu membuatkan para ajk tergamam buat seketika.

Seramai 7 orang ajk muslimin, 9 orang ajk muslimat dan seorang pemantau dari PSS telah berganding bahu untuk menjayakan program ini.

Ajk Muslimin

Ajk Muslimah

Kedatangan para ajk disambut mesra dari guru sekolah.

Selepas beramah mesra dengan beberapa guru sekolah itu, program diteruskan dengan menunaikan Solat Zohor terlebih dahulu. Sesudah solat, para ajk bergerak ke Makmal ICT yang dijadikan sebagai tempat kuliah.

Surau Sk.Tanjung Aru 1

Makmal ICT

Sekitar kawasan sekolah

Pada jam 12.45 p.m, para ajk membuat sebarang persediaan yang perlu sambil menunggu kedatangan para peserta. Saudara Mohd Azrin selaku Pengarah program pada kali ini memberi sedikit ucapan dan perjalanan sepanjang program ini. Dengan semangat yang berkobar, para ajk mendengar dengan penuh tawaduk.

Ucapan dari Pengarah Program

Persediaan para ajk.

Pada jam 1 petang, kedatangan para peserta disambut mesra dari ajk-ajk program. Pelbagai telatah yang dapat dilihat dari para peserta tersebut. Keriangan mereka turut membawa para ajk untuk riang sekali bersama mereka. Senyuman sentiasa terukir di bibir para ajk kerana melihat gelagat-gelagat yang ditimbulkan dari para peserta.

Memang sukar untuk mengarahkan para peserta untuk duduk dan berbaris dengan teratur. Kenakalan dari para peserta disambut baik dari para ajk untuk terus bersabar melayan karenah yang ditunjukkan dari para peserta.

Peserta Lelaki

Peserta Perempuan

Para ajk menyusun atur peserta

Ajk memainkan peranan untuk menyusun atur peserta

Selesai menyusun atur para peserta untuk beratur di meja yang ditetapkan, taklimat program dimulakan dan disampaikan oleh Saudara Azmeer selaku Kem Komanden dalam program ini. Pengenalan PSS dan KRU juga turut dibentangkan kepada para peserta yang hadir.

Taklimat dari Kem Komanden

Tamatnya taklimat dari Kem Komanden program, Pengarah program membuat sedikit pengenalan tentang objektif program ini dan menperkenalkan semua para ajk yang ada kepada para peserta.

Dalam masa 15 minit, ucapan dari Pengarah Program ditamatkan dan program diteruskan dengan aktiviti yang seterusnya.

Ucapan dari Pengarah Program

Para peserta dibahagi kepada 2 bahagian iaitu peserta lelaki dan peserta perempuan.

Ajk muslimat membawa peserta perempuan ke makmal yang seterusnya untuk diberi kumpulan manakala peserta lelaki juga turut dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.

Sebanyak 6 kumpulan yang wujud dalam program ini. 3 kumpulan peserta lelaki dan 3 lagi kumpulan peserta perempuan. Setiap kumpulan diuruskan oleh 2 orang fasilitator yang dilantik dari kalangan para ajk sendiri. Setiap kumpulan diarahkan untuk mencipta nama dan yale kumpulan masing-masing.

Tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan ialah cipta nama kumpulan, yale semangat dan kepada fasilitator adalah diarahkan untuk membantu ahli dalam kumpulan tersebut untuk mencapai objektif yang diinginkan. 15 minit diberikan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Perbincangan dalam kumpulan

Perbincangan dalam kumpulan

Berlalunya 15 minit, Pengarah program mengarahkan kepada semua kumpulan untuk berhenti dan diarahkan untuk berkumpul semula di tempat masing-masing bersama ahli kumpulan.

Setiap ahli kumpulan diarahkan untuk membentangkan nama kumpulan dan yale masing-masing di hadapan kumpulan yang lain. Sungguh bersemangat setiap para peserta untuk membentangkan yale mereka kepada kumpulan yang lain.

Selama 10 minit masa yang diambil untuk setiap ahli kumpulan membentangkan yale dan nama kumpulan mereka masing-masing.

Pembentangan Kumpulan

Pembentangan Kumpulan

Tamatnya aktiviti untuk itu, aktiviti seterusnya disambung dengan aktiviti sukaneka pada jam 2 petang.

Aktiviti sukaneka ini mempunyai 6 checkpoint yang berbeza tugasan untuk setiap kumpulan menyelesaikan tugasan yang ada dan perlu diselesaikan dalam masa 1 jam 15 minit.  Kesan yang baik diterima daripada para peserta kerana benar-benar memberi komitmen yang baik untuk menjayakan Sukaneka ini. Semangat mereka memang sangat tinggi.

Checkpoint 1

Checkpoint 2

Checkpoint 3

Checkpoint 4

Checkpoint 5

Checkpoint 6

Aktiviti Sukaneka berakhir sebelum Solat Asar tiba. Para peserta diminta untuk berkumpul di makmal ICT semula selepas tamat menghabiskan semua checkpoint. Semua para ajk bersama peserta menunaikan solat asar terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.

Selesai solat asar, para ajk dan peserta bergerak ke dalam Makmal ICT semula untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti yang seterusnya iaitu Slot Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah yang disampaikan oleh Saudara Hasmadi selaku pemantau sepanjang program berlangsung.

Aktiviti ini bermula tepat pada jam 4.00 petang. Saudara Hasmadi menyampaikan slotnya yang bermula dari alam sekolah menengah hingga yang  seterusnya.  Para peserta mendengar dan memberi kerjasama yang baik sepanjang slot tersebut.

Slot yang disampaikan oleh Saudara Hasmadi berakhir tepat pada jam 4.50 petang. Walaupun berlaku sedikit kelewatan, namun ibu bapa dan peserta masih tetap menunggu dan sehingga tamatnya program ini.

 

Slot Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah

Program akhirnya berakhir tepat pada jam 5 petang. Para ajk memberi sedikit sumbangan makanan kepada para peserta. Tamatnya pemberian sumbangan itu, para ajk bersiap dan mengemaskan peralatan masing- masing dan membersihkan makmal ICT tersebut seperti sedia kala.

 

Pemberian Sumbangan makanan dari KRUKK

 

Persediaan peserta untuk pulang ke rumah

Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang bekerjasama dalam menjayakan program Ziarah Mesra KRUKK ini. Seterusnya, kepada para peserta yang bakal berhadapan UPSR didoakan agar mendapat keputusan yang cemerlang sebagai remaja-remaja Islam.

Terima kasih juga kepada setiap penggerak dalam program ini kerana sanggup menyumbang tenaga, masa dan harta semata-mata untuk menjayakan program pada kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada Saudara Hasmadi selaku pemantau dari PSS Pusat yang membantu KRUKK sepanjang program ini berlangsung. Kerjasama dari kalian semua amat-amat dihargai. Semoga segala amal kebajikan kita pada hari ini, Allah lihat dan beri ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kita. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa kalian semua dalam membantu agama Allah.

Semoga program seperti ini terus berkembang dan tidak luput. Kita ingin melahirkan remaja-remaja Islam yang berkualiti dan berkarisma. Semoga dalam program-program seperti ini kita dapat melahirkan remaja Islam yang kita inginkan. Semua itu tidak mustahil bagi Allah.

Jumpa lagi dalam program seterusnya dibawah anjuran KRUKK !

Assalamualaikum w.b.t.

“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s