Guru.

assalamualaikum w.b.t..

entry kali ini ialah berkaitan tentang guru sempena hari guru ini.

Guru menurut Islam lebih tepat dikatakan sebagai “Da’i”, pendakwah yangmemperjuangkan nilai-nilai tertentu, yakni nilai-nilai Islami. Seorang guruberperanan penting dalam melaksanakan misi amar ma’ruf nahi munkar, maka ciri khas seorang guru itu haruslah menyebarluaskan informasi tentang perintah dan larangan Allah SWT. Pesannya haruslah berisi usaha untuk mempengaruhi manusia agar berperilaku bersesuaian dengan ajaran Islam. Berikut adalah beberapa peranan seorang guru di dalam Islam yang patut diambil sebagai panduan:

A. Sebagai Pendidik (Muaddib)

Dalam kaitannya dengan fungsi edukasi yang Islami, harusalah lebih banyak menyodorkan pemberitaan yang lebih membawa muatan kepada ajaran Islam. Mendidik umat Islam agar melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Memikul tugas untuk mencegah umat Islam danberperilaku yang menyimpang dari syari’at Islam, serta melindungi umat dari pengaruh media massa non-Islami yang anti Islam.

B. Sebagai Musaddid (Pelurus Informasi)

Dalam hal ini, setidaknya ada 3 hal yang harus diluruskan oleh jurnalisme Islam.Pertama, informasi tentang ajaran dan umat Islam. Kedua, informasi tentang karya-karya atau prestasi umat Islam. Ketiga, dituntut mampu menggali,melakukan penelitian tentang kondisi umat Islam di berbagai penjuru dunia.Dalam kaitannya sebagai pelurus informasi ini, jurnalistik Islam dituntut harus mampu mengikis fobia Islam (Islamopobhia) yang merupakan produk propaganda barat yang anti Islam.

C. Sebagai Mujaddid (Pembaharu)

Pembaharu yang dimaksudkan adalah penyebar paham pembaharuan akan pemahaman dan pengamalan ajaran Islam (reformasi Islam). Jurnalistik Islami haruslah menjadi alat bagi para pembaharu Islam yang menyerukan Islam.Memegang teguh Al-Quran dan As-Sunnah, memurnikan pamahaman tentangIslam dan pengamalannya. Ikut serta sebagai alat memberikan informasi dalam usaha membersihkan ibadah umat dari bid’ah, khurafat, tahayul dan isme-isme asing yang non-Islam , dan menerapkannya dalam segala aspek kehidupan umat.

D. Sebagai Muwahid (Pemersatu)

Dalam menjalankan fungsinya sebagai muwahid ini, dimaksudkan jurnalistik Islam dapat menjadi jambatan yang mempersatukan umat Islam. Jurnalistik Islam harus mampu menerapkan kode etik jurnalistik yang berupa impartiality(tidak memihak pada golongan tertentu) dan mampu menyajikan dua sisi pandang setiap informasi. Jurnalistik Islami harus mampu membuang jauh-jauh sikap sekterian.

E. Sebagai Mujahid (Pejuang)

Dalam fungsinya sebagai pejuang, maksudnya mencuba menampilkan tulisan-tulisan yang berusaha keras membentuk pendapat umum yang mendorong penegakkan nilai-nilai Islam, menyemarakkan syi’ar Islam, mempromosikan syi’ar Islam, mempromosikan citra Islam yang positif dan rahmatan lil ‘alaamin,serta menanamkan ruuhul jihad di kalangan umat.

Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranannya yang paling penting.Penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam . Akhlak dalam Islam mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia. Rasulullah menerangkan”Addin atau agama ialah akhlaq yang baik. Orang yang paling hampir di sisi pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya.” Banyak lagi hadith-hadith dan ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan tentang akhlaq tidak dapat kita perturunkan di sini.Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak ? Adakah persoalan- persoalan pokokyang menjadi topik-topik perbicaraan ilmu akhlaq ? Bagaimana membangunkanakhlaq ? Inilah soalan-soalan yang perlu difahami sebelum seseorang guruberjaya dalam melaksanakan tugas murni mereka.

sumber: Hasmadi Hasbi

Persahabatan, Ukhuwwah Dalam Islam.

BERSAHABAT

Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam melayari kehidupan duniawi yang sementara ini kita memerlukan mereka yang kita panggil kawan,teman dan sahabat lebih-lebih lagi memerlukan sahabat sejati.Beruntunglah seseorang itu yang mempunyai ramai sahabat sejati.

Sekiranya kita telah memilik sahabat sejati,maka bersyukurlah kepada Allah Taala.Sahabat sejati ialah seorang yang cerdik,berilmu dan mutadayyin(beragama lagi berakhlak mulia).Peliharalah tali persahabatan dan ukhwah itu sebaiknya.Justeru,selain menuntut kita agar mencari sahabat,kawan teman dalam kehidupan,Islam juga menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan menjaga hak serta adab dalam persahabatan.

Inilah cara kita memelihara satu hubungan yang mulia kerana Allah Taala.Untuk itu,nilailah persahabatan kita selama ini.Adakah jujur atau sarat dengan kepentingan diri? Apakah diredhai Allah atau sebaliknya ?

TIGA TAHAP PERSAHABATAN :

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.

Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain.”Sia-sia aku berkawan dengan engkau.”,”celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.”,”Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!”.

Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :
“….dan sahabat-sahabat(karib di dunia dahulu) pada hari itu(hari akhirat) saling bermusuhan antara satu samalain melainkan orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zukhruf: 67)

Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,”Seseorang itu di atas agama kawannya”.

ERTI PERSAHABATAN

Bukan mudah untuk kamu memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi, kalau tersilap pilih sahabat alamatnya meranalah diri kerana sahabat turut memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu. Ikuti tips berikut, ternyata ia dapat membantu kamu dalam mencari seorang teman sejati!

1. Boleh berkongsi apa saja
Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula kamu mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
• Dia sering bertanyakan khabar tentang diri mu.
• Karier impiannya ialah sebagai seorang ahli psikologi.

2. Memahami
Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu! Individu ini wajar kamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini
• Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
• Dia seorang teman yang komited. Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
• Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diri mu sahaja!

3. Profesional
Sedang kamu mengalami krisis dalam percintaan, si sahabat datang menghampiri mu dan cuba memahami situasi mu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan diri mu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah bahawa dia sahabat yang profesional yang wajar kamu dampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini;
• Dia bijak mengawal emosi mu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang
• Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat. Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
• Dia tidak pernah memberi sebarang alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu!

4. Jujur
Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan ‘cantik’ sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini:
• Dia adalah individu yang lurus. Walau bagaimanapun, kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
• Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
• Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

Hindari diri darinya!

1. Teman yang menjatuhkan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Gemar mencari kesalahan orang lain.
• Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja.
• Dia tidak memiliki ramai kawan!

2. Teman yang memiliki pengaruh negatif
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
• Dia mengajak kamu melakukan sesatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH!
• Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!

3. Teman yang mempergunakan kamu
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan dengan mu.
• Sekiranya dia bersedih, dia harapkan kamu memberikan sepenuh perhatian padanya.
• Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindakbalas.

4. Teman yang tikam dari belakang
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Apa yang kamu miliki, akan turut dimilikinya sama.
• Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan mu.
• Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada diri mu.

5. Teman yang suka meniru kamu! 
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
• Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lain juga sama dengan mu.
• Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
• Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya! Kamu bagaikan KEMBAR! Tak syoklah kan. Walau pun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan identiti tersendiri.

sumber: badrulhisham.net

Ciri-Ciri Sahabat Sejati.

Sahabat sejati. Ramai mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.

Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: “Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”

Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”

Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.

Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.

Mengapa?

Kerana pertamanya, kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada yang lainnya.

 

Kita Tidak Pernah Berkorban Dengan Ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

Hadith ini memberikan makna yang sangat tinggi kepada erti persahabatan, apabila keimanan menjadi taruhan. Tidak beriman, yakni tidak sempurna keimanan seseorang, sekiranya dia sendiri tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya. Begitulah Islam membina masyarakat yang kuat ukhuwwahnya. Mengajak agar kita mementingkan sahabat kita, dan tidak menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Namun siapakah yang menyantuni hadith ini?

Rata-rata mengharapkan sahabatnya ikhlas berkorban buatnya. Tetapi siapakah yang bergerak bersungguh-sungguh berkorban buat sahabatnya?

Dan pernahkah kita bertanya, mengapa keimanan dipertaruhkan di dalam hadith ini? Apa kena mengena iman dengan ukhuwwah?

Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.

dan sabda Rasulullah SAW:

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.

Ya. Tanpa keimanan, mustahil kita akan mempercayai perkara ini.

Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita, dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dan bila kita tidak mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT, mustahil kita mahu menjadi sahabat yang sejati kepada sahabat kita.

Membuatkan kita tidak pernah mahu berkorban dengan ikhlas kepadanya.

Kerana kita akan sentiasa terfikir: “Apa yang dia boleh berikan kepada aku?”

 

Tidak Sabar Melalui Proses.

Persahabatan itu perlu proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat.

Bukanlah selepas sehari dua perkenalan, terus asyik dan erat. Persahabatan yang tidak melalui ujian, cabaran, dan dugaan belum boleh dikatakan persahabatan yang mantap. Hatta Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ukhuwwah mereka sering teruji.

Mereka teruji dengan cerita yang luar akal, yang dilalui oleh Rasulullah SAW seperti Isra’ dan Mi’raj. Mereka teruji dengan kesempitan hidup, dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan. Mereka teruji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebagainya, hanya kerana punya hubungan dengan Rasulullah SAW. Mereka juga dibina fikrah mereka, dengan pengisian-pengisian daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bukannya duduk lenggang begitu sahaja, dan tiba-tiba berkata: “Aku cintakanmu Rasulullah SAW.”

Bukan. Mereka melalui ‘proses’.

Maka begitulah kita manusia dengan manusia yang lain. Mustahil terus erat ukhuwwahnya, tanpa melalui proses. Tanpa wujudnya kefahaman akan makna sebenar ukhuwwah, tanpa melalui cabaran dan dugaan bersama-sama, tanpa bermusafir bersama, tanpa berkongsi kelemahan dan kekuatan, tanpa melalui satu jangka masa. Mustahil.

Tetapi ramai antara kita ‘tidak bersabar’. Terus hendak berjumpa dengan ukhuwwah yang sejati.

Kerana itu hingga kini terus-terusan tidak menjumpai.

 

Penutup: Ukhuwwah Dengan Manusia, Berurusan Dengan Kelemahan Manusia.

Dan seperkara lagi yang ramai terlepas, adalah kelemahan-kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang.

Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.

Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.

Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.

Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.

Jadi, kita perlu sentiasa bermuhasabah.

Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah.

Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah SWT.

 

sumber: http://langitilahi.com/8603

Selamat Menduduki Peperiksaan!

assalamualaikum.

Alhamdulillah, pertama-tama dan selama-lamanya kita merafa’kan kesyukuran terhadap ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya kita masih hidup saat ini.

kami ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua ahli-ahli KRU yang akan menduduki peperiksaan. Buat yang terbaik!

ingat! kita belajar niatkan hanya untuk Allah S.W.T.

dan ingatlah! ilmu itu ada hak-haknya yang kita wajib laksanakan. Iaitu,

hak Ilmu untuk dipelajari,

hak Ilmu untuk dikongsi,

dan hak Ilmu untuk diamalkan…

dan ingat! seimbangkan pelajaran dan dakwah..Wallahu ala a’lam..

gambatte kudasai!! ma’at bittawfiq!!

Bengkel Pengurusan Organisasi KRUKK

Alhamdulillah, selesai sahaja dari Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK kali ke-5 pada 29 April yang lalu, satu Bengkel Pengurusan Organisasi yang menekankan tentang pengurusan yang teratur dalam organisasi dijalankan buat pimpinan baharu dalam KRUKK sesi 2012/2013.

Program ini telah dibuat di PASTI U.A Kingfisher Sulaman pada 1 Mei 2012 bersamaan pada hari selasa. Program sehari ini yang bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 5 petang telah dihadiri dari pimpinan KRUKK yang baru dan turut dialu-alukan juga kepada pimpinan yang lama untuk menyertai bengkel ini.

Seramai 7 orang muslimin dan 10 orang muslimat yang menyertai bengkel ini.

Moderator sepanjang bengkel ini adalah Saudara Renifezri selaku Pengerusi PSS KK juga pemantau kepada KRUKK.

Ingin diterangkan disini beberapa agenda semasa bengkel ini berlangsung.

  • Bukaan Majlis
  • Ta’aruf
  • Pembentangan Spesifikasi Tugas
  • Visi, Misi & Objektif KRUKK
  • Takwim KRUKK
  • Penutup

Bengkel ini dimulakan dengan bacaan ummul quran Al-Fatihah yang dipengerusikan oleh Saudara Renifezri. Seterusnya, Slot Ta’aruf kepada semua yang hadir dalam bengkel tersebut. Keunikan ta’aruf yang dibawakan ialah perlu perkenalkan nama, tempat tinggal, umur, sebab kenapa dipilih dalam jawatan yang disandang dan perkara apa yang tidak disukai dalam organisasi.

Saudara Renifezri – Moderator
Pembentangan Spesifikasi Tugas KRUKK

Selesai itu, Pembentangan Spesifikasi Tugas lajnah diterangkan oleh Saudara Renifezri secara terperinci. Tambahan dalam pembentangan itu pula disertakan pembentangan mengenai Visi, Misi & Objektif KRUKK pada tahun ini. Pembentangan ini berlangsung selama 2 jam 15 minit.

Jam 11.30 pagi, bengkel berehat seketika dan bersedia untuk makan tengahari. Muslimah yang ada diarahkan untuk menyediakan makan tengahari dan Saudara Renifezri telah membelanjakan segala tanggungan makan untuk bengkel tersebut. Besar jasamu wahai Saudara Renifezri 🙂

Rehat selepas pembentangan

Selesai makan tengahari, muslimin dan muslimat bersedia untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah. Tepat pada jam 1 petang, semua menunaikan solat secara berjemaah.

Alhamdulillah, selesainya solat zohor, semua yang hadir berehat seketika sebelum agenda yang seterusnya.

Rehat seketika =)

Jam 2 petang, bengkel dimulakan. Agenda seterusnya ialah membuat Takwim KRUKK yang teratur. Namun sebelum itu, setiap seorang dari pimpinan KRUKK diberi sehelai kertas kosong oleh Saudara Renifezri dan diarahkan untuk menulis apa sahaja bentuk program yang ingin dibuat. Masa yang diberi ialah selama 5 minit dan akan dibentangkan setelah selesai.

Pembentangan Cadangan Takwim dari Saudari Shuwatie

Selesai sahaja pembentangan dari setiap pimpinan, Saudara Renifezri mengarahkan pula untuk setiap pimpinan berada dalam lajnah masing-masing dan bincangkan takwim yang ingin dibuat pada tahun ini. Selain itu, ahli majlis tertinggi diarahkan untuk berada di lajnah yang ditetapkan bagi memantau setiap pergerakan lajnah tersebut.

Perbincangan Lajnah Kepimpinan dan Organisasi
Perbincangan Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah
Perbincangan Lajnah Penerbitan dan Informasi

Perbincangan ini diberi masa selama 45 minit. Setiap ahli lajnah telah diberi panduan untuk tugasan tersebut.

Masa pun berlalu, tugasan yang diberi pun sudah tamat. Perbincangan tepat berakhir pada jam 3.oo petang. Semua pimpinan diarah untuk kembali ke tempat asal bagi membentangkan segala cadangan takwim program untuk tahun ini.

Pembentangan yang pertama dimulai dari Lajnah Kepimpinan dan Organisasi, seterusnya dari Lajnah Penerbitan dan Informasi dan diakhiri dengan pembentangan dari Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah. Dalam setiap pembentangan cadangan takwim tersebut, ahli yang lain dibenarkan untuk melontarkan sebarang soalan untuk setiap cadangan tersebut.

Segala cadangan takwim tersebut telah dicatat dan akan diperkasakan semula. Saudara Renifezri membuat kesimpulan bahawa setiap dari cadangan takwim tersebut akan dibawakan dahulu kepada PSS Pusat dan akan dimaklumkan kelak. Bengkel ini hampir sampai ke penghujung agenda. Tepat pada jam 4 petang. Segala pembentangan mengenai cadangan takwim KRUKK ini berakhir.

Saudara Renifezri membuka ruang bagi setiap ahli yang hadir untuk memberikan sebarang komen mahupun pendapat mengenai bengkel tersebut dan apa-apa sahaja perkara yang ingin dikongsikan. Beberapa ahli memberi maklum balas mengenai perkara tersebut. Segala perkara yang dilontarkan semasa bengkel telah dicatatkan dan akan diperkasakan semula.

Bengkel Pengurusan Organisasi diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarrah dan Surah Al-Asyr. Bengkel tamat pada jam 4.30 petang.

Allah Maha Besar. Kalimah Allah di langit semasa bengkel berlangsung.
Beransur hilang selepas 4 minit

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan seperti yang dirancangkan. Berkat rahmat dari ALLAH, bengkel pada hari ini dapat dibuat. Semoga pimpinan KRUKK sesi 2012/2013 bisa menjalankan amanah dan tanggungjawab yang sudah diberi dengan baiknya. InsyaAllah segala amal baik kita ini Allah lihat dan beri ganjaran.

Semoga pengisian dalam bengkel ini dapat dipraktikkan dan diusahakan. InsyaAllah. Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang.

Assalamualaikum w.b.t.

“Remaja Hari Ini Pemimpin Hari Esok”