Aishiteru Muhammad & AGM KRUKK

Poster Aishiteru Muhammad


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan belas kasih dariNya program Qiamullail anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dengan kerjasama dari Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dibuat dengan lancarnya.

Program ini telah dibuat pada tarikh 28-29 April 2012 yang bertempat di Masjid UMS, KK.

Program April ini telah diberi tajuk Aishiteru Muhammad dengan bertemakan Akhlak Rasulullah. Program kali ini telah dihadiri dengan 47 peserta muslimat dan 2 orang peserta muslimin yang berumur diantara 15-18 tahun yang berlainan sekolah sekitar kawasan Kota Kinabalu.

Objektif yang dibawakan dalam program ini ialah

  • Memberi garis panduan kepada para pelajar berkaitan kaedah kepimpinan yang sesuai dilaksanakan dan diamalkan dalam mengendalikan sesebuah organisasi
  • Melahirkan remaja yang mampu menyeimbangkan antara gerakerja dakwah dengan akademik untuk dijadikan sebagai contoh kepada golongan remaja bagi mengubah perspektif buruk mereka.
  • Menyedarkan individu bahawa semua adalah pemimpin bukan hanya yang berjawatan sahaja kerana setiap individu menjadi pemimpin untuk diri sendiri sebagai pemandu kepada diri sendiri kearah kebaikan.
  • Membubarkan Saff Pimpinan KRUKK sesi 2011 / 2012 dan melantik Saff Pimpinan KRUKK sesi 2012 / 2013 bagi meneruskan gerakerja dakwah Islam dan menyebarkan risalah Islam ke hati-hati golongan remaja.

Sedikit gambaran sepanjang program,

Persediaan Makan

Taklimat Kem Komanden

Kuliah Lapangan selepas solat maghrib

Slot Fardu Ain – Solat Qasar & Jamak

Bengkel 1- Praktikal Solat Qasar dan Jamak

Pameran Badge


Beberapa aktiviti yang dibuat sepanjang program ini ialah seperti 2 slot Tayangan Video yang bertajuk Tutup Aurat itu Wajib & Tanda Cinta Ibadah yang disampaikan oleh Kak Hasnidar Iskandar dan Abg Renifezri Mohd. Selain itu, satu Slot Fardu Ain dibuat selepas solat isyak yang disampaikan oleh Ust.Suhaidi yang bertajuk Solat Qasar dan Jamak

2 slot Bengkel pula dibuat selepas slot fardu ain dan slot tayangan video. Bengkel ini bertujuan untuk memberi para peserta belajar melalui praktikal selepas mendengar secara teorinya.

Semua aktiviti ini telah dibuat pada hari hari pertama program iaitu pada hari sabtu bersamaan dengan 28 April 2012, Sabtu.

Bersamaan pada program kali ini, KRUKK pimpinan 2011/2012 telah membuat Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5 bagi menggantikan pimpinan baharu yang menguruskan KRUKK. Mesyuarat ini bermula tepat pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi hari ahad.

Beberapa agenda dalam mesyuarat agung kali ini ialah Ucapan dasar dari Pengerusi KRUKK iaitu Saudara Azmeer, Ucapan dari Perasmi Mesyuarat iaitu Saudara Hasmadi, dan Pembentangan dari Setiausaha dan Bendahari program.

Selepas kesemua agenda itu berakhir, pimpinan lama telah dibubarkan dan pimpinan baru yang dilantik telah dipanggil menuju ke hadapan.

Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK Kali ke 5 (Muslimah)

Mesyuarat Agung Tahunan KRUKK Kali ke 5 (Muslimin)

 

Berikut adalah tanzim terbaru pimpinan KRUKK sesi 2012/2013

PENGERUSI

SARIP WAHAB

TIMBALAN PENGERUSI

SHUWATIE MAIDIN

SETIAUSAHA

AZREE MUNIR

BENDAHARI

RADIA MUAMMAR

LAJNAH KEPIMPINAN & ORGANISASI

NAZREE MUNIR

NANDA ZAINAL

LAJNAH TARBIYAH & DAKWAH 

FARIZ AMIRUL MOHD FAUZI

HAFIZAH MARZUFAH IBRAHIM

LAJNAH PENERBITAN & INFORMASI

SYAZWAN DAUT

MARNI BINTI MALIK

 Selesainya perlantikan pimpinan baharu, majlis diteruskan kepada sebarang cadangan dan penambahbaikan daripada para peserta yang hadir.

Cadangan dibuka bagi menambahbaik program KRUKK pada masa yang aka datang. Beberapa peserta yang aktif melontarkan cadangan-cadangan mereka untuk dibuat pada program yang akan datang.

Justeru, segala cadangan mereka telah dicatat dan diambil kira sebagai satu usul yang akan dibawa dan dibincangkan di peringkat pimpinan KRUKK sendiri.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-5 ini diakhiri dengan pemberian bookmark dan Tinta Remaja hasil KRUKK sebagai cenderahati kepada mereka. Tepat pada jam 11.00 pagi, semua peserta dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan lambaian ukhuwwah antara peserta dan ajk adalah penutup bagi program ini.

Sekalung penghargaan diberikan kepada semua para peserta yang hadir ke program ini dan jutaan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa yang turut menjayakan program Qiamullail ini seperti Ahli Jawatankuasa Surau Nur Bahari kerana membenarkan KRUKK membuat program di surau ini.

Selain itu, penghargaan juga kepada Persatuan Siswazah Sabah yang membantu dan menyokong KRUKK untuk menjalankan program Qiamullail ini.

Sepuluh jari disusun mohon maaf dipinta andai ada tersilap mahupun terkasar bahasa sepanjang program ini. Mohon segala salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja dimaafkan.

Semoga perlantikan pimpinan baharu dalam KRUKK ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan teratur. Harapan pemuda seperti mereka inilah yang dicari-cari. InsyaAllah.

Semoga program-program seperti ini terus dapat dilaksanakan dan tidak berhenti disini sahaja. Harapan juga kepada semua para peserta agar dapat mengambil ibrah disebalik pengisian yang dibawakan dalam program ini. Semoga sentiasa mendapat rahmat dan berkat dari Allah. InsyaAllah, ada masa dan waktu, kita semua JUMPA LAGI di program yang akan datang. Nantikan ..

Assalamualaikum w.b.t.

“Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s