Qiamullail Bulan Jun ( Ta’aruf Cinta Muhammadku )

 

Tema Qiam : ‘Taaruf Cinta Muhammadku’

Tema warna : Putih

Objektif : Berkenalan dengan sirah Rasul. Bercinta dengan akhla peribadi Rasul. Melahirkan rasa jihad fisabilillah dalan jiwa dengan mengambil iktibar dari sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W.

Sasaran: semua pelajar di sekitar Kota kinabalu khususnya.

TENTATIF PROGRAM:

Sabtu : 23 Jun 2012
4.00p.m : Pendaftaran Peserta
5.00p.m : Taklimat Program
: Pembahagiaan Kumpulan
6.00p.m : Makan Malam
: Solat Maghrib
7.00p.m : KD1 [Dakwah Islamiyah:Model dari Rasulullah]
8.00p.m : LDK [Bincang|Rangka|Bentang]
10.30p.m : Minum Malam|Al-,Mulk
Ahad : 24 Jun 2012
3.30a.m : Qiammulail
5.00a.m : Kuliah Fiqh(Subuh)
[Bersuci dalam Islam: Hukum-hukum&perkara yang selalu terlepas pandang.]
6.00a.m : Tasmi’ hafalan Surah-surah lazim.
7.00a.m : Sarapan pagi.
8.00a.m : Santai sekejap~
10.00a.m : Bersurai

JOM UPDATE IMAN DENGAN SERTAI QIAMULLAIL!!!

Advertisements

Umat Islam Lalai dengan Hiburan?

Kita kadang-kadang terlalu disuapkan dengan HIBURAN sehingga lupa segalanya
Kadang-kadang pengaruh hiburan itu lebih hebat dari pengaruh tokoh-tokoh pejuang Islam.

Mengapa dan kenapa kita semakin lalai dengan arus dunia?
Sedangkan Yahudi dan musuh-musuh Islam sedang mentertawakan kita akibat kelalaian kita sehingga lupa untuk berjuang…

Ya! Kita pernah kata hiburan tak salah.
Kata-kata ini tiada salahnya untuk kita berhibur
Tapi, tak cukup-cukup lagi ke dengan hiburan selama ni?

Berhiburlah sekadarnya
Sekarang masa untuk berjuang
Lihat umat Islam di Palestin, adakah mereka sedang berHIBUR???

 

Sedangkan hiburan mereka ialah alunan suci al-Quran.
Sedangkan hiburan mereka ialah nyanyian nasyid perjuangan

Hiburan mereka juga ialah bunyi-bunyian bom dan letupan di sana sini
Hiburan mereka juga ialah dengan menyaksikan ramai saudara -mara yang syahid
Apa pula hiburan kita di sini??? Sendiri mahu ingat

Tidak hairanlah negara kita banyak berlaku jenayah
Rogol, zina, kecurian, pembunuhan
Semuanya hasil dari ikutan dan contoh yang disaji selama ini di kaca televisyen dan sebagainya

Renungi sejarah perjuangan Islam yang banyak memberikan kesan kepada ummat Islam di Palestin
Alangkah gembiranya mereka jika lahirnya Salahuddin Ayyubi yang kedua.
Alangkah gembiranya mereka jika mendapati Umar al-Khattab yang kedua datang menyelamatkan mereka.
Dan alangkah seronoknya mereka andai kedatangan Sultan Muhammad al-Fateh yg kedua menyelamatkan keadaan di sana
Alangkah, Alangkahhh gembiranya hati.

Manusia, hiburan dan kehidupan

Manusia dan keinginan untuk berhibur merupakan sesuatu yang sukar untuk di pisahkan, ini kerana sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu mencari sesuatu untuk menjadikan hati dan jiwa mereka gembira dan tenteram.

Dan mengikut kamus dewan, hiburan ini di definasikan sebagai ; sesuatu (perbuatan, benda, dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati seseorang.

Maka bertepatanlah dengan naluri manusia, bila mana mereka tertekan dalam melakukan urusan seharian mereka, ataupun ketika mana mereka berada dalam kesedihan, pasti usaha untuk menghiburkan hati mereka akan di cari. Samada hiburan itu berbentuk nyanyian, muzik, tarian dan seumpamanya.

Hiburan bagi penulis bagi boleh di analogikan seumpama  peranan garam dalam sesuatu masakan. Kita memerlukan garam itu bagi mencukupkan rasa makanan kita, tapi dengan kadar yang berpatutan, ini kerana jika kita terlampau mamasukkan garam dalam masakan, ianya akan mengundang bencana. Bukan setakat makanan itu akan di buang, tapi pada masa yang sama, kesannya terkena kepada si pemakannya, terkena penyakit darah tinggi.

Namun jika kita tidak langsung menggunakan garam dalam masakkan, pasti rasa masakan itu tidak akan berjaya menarik si pemakannya.

Dan begitu jugalah keperluan hiburan dalam kehidupan ini. Mungkin tanpa hiburan, kehidupan manusia akan menjadi suram, sunyi, sepi dan tidak menarik. Yang mungkin boleh di samakan dengan dunia sang robot.

Jadi manusia memerlukan hiburan dalam mencorak perjalanan hidup mereka, namun ianya hanya dalam kadar ang berpatutan sahaja, ini kerena jika hiburan itu di ambil secara berlebihan, bukan kegembiraan yang mereka perolehi, tapi kekacauan yang mereka dapat.

Pendirian Islam terhadapan Hiburan.

 

Islam, satu agama yang sangat-sangat meraikan naluri dan fitrah manusia, bahkan sesekali pun tidak pernah menyekat keinginan semula jadi manusia ini. Walaupun hakikat sebenar penciptaan manusia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sebagai mana firma-Nya di dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

Namun, sebagai agama yang sangat meraikan cara hidup manusia, islam langsung tidak menghalang mahupun menegah penganutnya dari melakukan perkara-kara yang mereka suka, selagi mana perkara itu tidak melanggari batasan syariat Islam.
Sebagaimana suatu kaedah usul fiqh yang selalu kita dengar, asal kepada sesuatu perkara yang di ciptakan oleh Allah itu adalah halal dan harus (as-aslu fi al-asyya’ al-ibahah) الاصل في الاشياء الاباحة. Tidak ada sesuatu pun yang haram, kecuali bilamana ianya sudah di gariskan oleh Allah melalui firman-firman-Nya dan hadith-hadith rasul-Nya. Dan sekiranya sesuatu perkara itu tidak mempunyai sandaran nas-nas yang sah (ini kerana kekadang terdapat hadith yang lemah dan palsu) atau hadith-hadith yang sorih menegahnya, maka setiap sesuatu itu kembali kepada hukum asalnya, yakni mubah (harus). Ulama-ulama Islam silam telah mengeluarkan kaedah ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi :

“Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti.” 
(QS 45:13 )

Bahkan jika di lihat kembali kepada sorotan sirah Rasulullah saw, dapat kita lihat bahawa baginda saw juga membenarkan untuk berhibur.

Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): “Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?”

Mereka menjawab:”Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi”

Kemudian Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i)

Realiti hiburan kini

Namun berbeza realitinya pada waktu ini, hiburan bukan lagi menjadi perkara sampingan, namun telah bertukar menjadi keutamaan. Terutama hiburan yang berbentuk nyanyian, muzikan dalam lawakan.

Saban hari ana muda di sajikan dengan seribu satu macam hiburan, melalui konsert, realiti tv, pencarian bakat dan pelbagai cara lagi yang di gunakan oleh golongan tertentu untuk menyebarkan hiburan ini.

 

Maka lahirkan satu generasi yang mana manjadikan hiburan ini sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka, malahan lebih teruk lagi mengagung-agungkan hiburan ini secara berlebihan sehinggakan layak bagi mereka untuk di gelarkan sebagai hamba kepada hiburan.

Bahkan lebih parah lagi, penyakit ini bukan sahaja melibatkan masyarakat awam, tetapi ianya juga turut mengjangkiti golongan agamawan. Yang mana menjadikan alasan untuk mendekati mad’u mereka. Ya, tidak salah untuk para pendakwah mahupun agawaman menggunakan pendekatan hiburan sebagai salah satu sara untuk menarik mad’u mendekati mereka, namun bila pendekatan bertukar menjadi fokus utama, maka ianya bukan lagi dapat menjadi pembantuan kejayaan dakwah tapi akan bertukar menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.

Kesimpulan

Maka, untuk terkahirnya, dapatlah penulis simpulkan bahawa, berhibur ini tidak menjadi kesalahan kepada kita, selagi mana ianya tidak malanggar batasan syariat yang telah di tetapkan. Ini kerana kehendak berhibur ini merupakan sebahagian dari fitrah manusia.
Namun bila mana ianya di ambil secara berlebihan, perkara yang asalnya merupakan fitrah itu akan bertukar menjadi fitnah kepada manusia itu sendiri.

Wallau taala a’lam.

– Artikel iluvislam.com

Love is Cinta!

altCinta itu fitrah. Sering kita ungkap, sering kita singkap betapa besar perasaan cinta. Cinta juga apabila ditanya maksudnya, akan timbul pelbagai definisi dari setiap orang yang membicarakannya. Ya, cinta itu sifatnya suci dan kalam. Namun, kita sebagai manusia yang mencacatkan cinta. Apabila ditanya, cinta apa yang utama, ramai atau mungkin semua akan katakan, ‘cinta kepada Allah’.

Tepat sekali.

Namun, ramai yang tahu secara tepat, tapi tidak faham secara jelas. Cinta utama sudah pasti cinta kepada Allah. Mari kita muhasabah diri bersama-sama. Sebagai contoh, jika kita mendapat panggilan daripada kekasih daripada mendengar azan dari masjid, yang mana kita utamakan? Atau bila diajak untuk keluar bersama pasangan daripada menunaikan solat, mana yang kita dahulukan? Ataupun bila diajak membuat kebaikan daripada mencari habuan atau ganjaran dunia, yang mana kita lakukan? Tepuk dada, tanya iman.

Kita manusia mampu berkata-kata, mampu bersandiwara. Kita terbabas dari realiti dan lebih mengejar fantasi kehidupan berbanding mencari husnul khotimah. Ingatlah, diri kita (manusia) tanpa rahmat Allah ibarat tin kosong yang berkarat. Sungguh, lihatlah cinta itu pada mata hati bukan pada pancaindera dan rasa semata-mata kerana terdapat nikmat iman jika kita mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Teliti dan fahami maksud hadis berikut:

Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka dia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi daripada yang lain; mencintai yang lain kerana Allah; tidak suka kembali pada kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api neraka.’ (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Masih belum sempurna iman seseorang daripada kalian sebelum diriku lebih dicintai oleh daripada hartanya, anaknya, dan seluruh manusia.” (Riwayat al-Nasa’i)

 

Jalan mencari cinta

Jalan cinta bukan mudah. Akal dan pemikiran muda mudi kini sering kali disesakkan dengan ideologi dan kata-kata indah tentang wujudnya ‘cinta islamik’ sebelum berkahwin. Sedarlah, tiada cinta sebelum nikah. Andai kata kita mengucapkan rasa cinta kepada seseorang yang tiada ikatan yang sah sudah pasti bakal mengundang zina hati atau fitnah tanpa disedari. Ungkapan ‘aku mencintaimu kerana Allah’ dijadikan satu alasan untuk meng’halal’kan cinta mereka semata-mata. Jadi, pilihan ada pada kita semua.

Mari kita selami hadis ini: “Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang syahid.” (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain)

Amat besar nikmat cinta jika yang dicari demi mendapat keredhaan Ilahi. Inilah perjalanan kehidupan, cinta mencipta seribu satu persoalan. Cinta Ilahi adalah segalanya. Cinta kerana Allah akan sampai ke penghujungnya. Biar dirasai kepahitan dalam mencari cinta agar mendapat kemanisan hikmah di sebalik kisah cinta.

Aspek memilih cinta

Sebagai seorang Muslim, iman dan taqwa jadi pegangan. Al-Quran wajib dijadikan pedoman dan ditegakkan serta as-sunnah mesti dijadikan ikutan. Begitulah juga dalam aspek memilih cinta hati atau pasangan hidup kita. Agama perlu dijadikan panduan utama.

Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, jagalah kesucian diri, simpanlah perasaan yang bersemi di hati, cinta Ilahi adalah cinta abadi. Islam, iman dan ihsan adalah aspek penting dalam memilih calon yang soleh dan solehah. Mohonlah doa dan keredhaan daripada Allah semoga dikurniakan seorang insan yang akan membuatkan kita bahagia di akhirat kelak nanti. Jadi, ingatlah, iman, ikhlas dan sabar adalah kunci kepada cinta yang suci.

Firman Allah SWT:

“Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: Ayat 74)

Insya-Allah.

– Artikel iluvislam.com

Apa itu Qiamullail?

Qiamullail penjana jati diri Muslim.. sumber kekuatan mujahid dan dai’e!

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

                (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

 

MUKADDIMAH

 

   Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan.

   Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

   Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

 

PENGERTIAN

   Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.

SEJARAH QIAMULLAIL

 

   Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)

   Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W.        (Lihat surah al-Muzammil 20)

 

SEBAB NUZUL AYAT

 

   Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim al- Nakhi  di mana Nabi sedang berselimut dengan lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan menyampaikan wahyu.

 

HIKMAH QIYAMULLAIL

 

  • Meningkatkan keimanan individu
  • Meninggikan darjat disisi Allah
  • Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
  • Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
  • Melatih diri menjadi insan bertakwa
  • Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
  • Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
  • Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
  • Melatih diri mengharap keredhaan Allah
  • Memberi ketenangan jiwa (emosi)
  • Memberi kesihatan (fizikal)
  • Menajamkan akal fikiran
  • Meneguhkan kekuatan rohani
  • Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
  • Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
  • Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAIL

 

  • Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
  • Tenang hati dan fikirannya
  • Dimurahkan rezeki
  • Dihormati masyarakat
  • Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
  • Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
  • Dan banyak lagi  (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

 

WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL

 

   Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.

   Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

            “Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”

                 H.R. Jamaah selain At-Tarmizi

 

PANDUAN BANGUN AWAL

 

  • Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
  • Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
  • Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
  • Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
  • Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
  • Mematuhi adab-adab tidur

 

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

 

  • Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail

“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”

H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah

Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.

  • Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
  • Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
  • Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran
  • Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai
  • Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail

“Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah”

H.R. Abu Daud

Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.

  • Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
  • Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
  • Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

 

AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL

 

  • Solat sunat tahajjud

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”

Al-Isra’ 79

“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”

H.R. Muslim

  • Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
  • Solat witir
  • Berzikir, bertasbih dan bertahmid
  • Membaca al-Quran
  • Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah

 

PENUTUP

 Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

  Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah  dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?………..

   Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati  dan merealisasikan wawasan

khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.

   Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan  yang diwariskan kepada generasi akan datang      

Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar  nilainya ini ?

  Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi 

[ Perkongsian Ilmu ] 7 Tanda Takut Kepada ALLAH

[7 Tanda Takut Kepada ALLAH]

1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan, kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat”.

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda: “Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara ketaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat, malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

[Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali. M/S : 3-5]

Photo: [7 Tanda Takut Kepada ALLAH]

1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan, kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat".

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda: "Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara ketaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat, malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

[Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali. M/S : 3-5]

via Doodle Dakwah.