KEM REMAJA ISLAM KOTA KINABALU 2012

 

assalamualaikum!

Sabda Rasulullah saw :

 

“Sesungguhnya aku  diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”

 Impak dari pengutusan Rasulullah SAW ke dunia ini  ialah menyempurnakan akhlak umat ketika itu yang rosak dan mengubah dasar penyembahan dari penyembahan kepada hamba kepada penyembahan kepada Tuhan . Perjuangan Baginda SAW selama 23 tahun itu telah memulihkan akhlak umatnya yang telah jauh tersesat. Akhirnya Allah memberi kejayaan mutlak kepada  Baginda dengan sempurnanya Islam dan isinya sepertimana yang Baginda sebarkan dan Allah telah berfirman :

“ Hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu Agama kamu , dan telah Aku sempurnakan semua nikmatKu ke atas kamu dan Aku redha ke atas kamu Islam sebagai satu agama”

Kontempori ini , gerak kerja musuh – musuh Islam yang begitu hebat telah berjaya memporak perandakan akhlak umat Islam khususnya golongan remaja . Pelbagai berita yang kita sering dengar saban hari ini , dalam media – media yang melaporkan betapa rosaknya akhlak anak – anak muda kini .

 Maka dengan itu , pihak Persatuan Siswazah Sabah (PSS) ingin mengadakan satu program dalam usaha menyedarkan pelajar – pelajar di sekolah yakni remaja ini sebagai satu usaha ke arah membentuk sahsiah peribadi pelajar . Program tersebut ialah Kem Remaja Islam Kota Kinabalu(KRISKK)

Kem Remaja Islam Kota Kinabalu(KRISKK) merupakan anjuran Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu(KRUKK) dan Persatuan Siswazah Sabah(PSS). Tema Program Kem Remaja Islam Kota Kinabalu kali ini ialah ” Be A Better Muslim! “.  Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 150 orang tetapi Alhamdulillah, penyertaan lebih daripada sasaran iaitu peserta seramai 206 orang. Program ini telah menyasarkan pelajar-pelajar sekolah di seluruh sabah khususnya di daerah Kota Kinabalu.

 Objektif program adalah seperti berikut:

 1. Menyedarkan pelajar–pelajar akan keruntuhan akhlak golongan remaja yang kian parah masa kini

 2. Memberi garis panduan kepada remaja berkaitan akhlak yang patut dicontohi dan diamalkan

 3. Memberi penghayatan dalam berakhlak baik dan mulia serta kesan-

kesannya dalam diri remaja.

 

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah:

– Tayangan Multimedia

– Ice Breaking (ta’aruf)

– Riadah.

kuliah lapangan dari saudara Renifezri, pengerusi PSSKK.

– Kuliah Lapangan.

kuliah lapangan merupakan kuliah yang disampaikan oleh penganjur KRIS sendiri bagi mengisi masa terluang dalam program dengan perkongsian ilmu dari mereka.

penyampaian hadiah dari pengarah program untuk penceramah, Ustaz Baabar.

– Kuliah Dasar.

dalam program ini, kuliah dasar yang disediakan berdasar asas diri muslim iaitu akidah, ibadah dan akhlak. antara kuliah dasar yang disediakan ialah Akidah teras jati diri Muslim, Ibadah pemangkin Muslim sejati, dan Akhlak bunga Diri Muslim.

barisan kepimpinan KRUKK 2012/13..( MARNI MALIK-tiada dalam gambar )

– Slot Bersama KRUKK.

slot ini membentangkan tentang maklumat-maklumat am tentang KRUKK yang disampaikan oleh pimpinan KRUKK.

– makan.

peserta diarahkan makan dengan menggunakan talam yang disediakan. Dalam satu talam, mestilah ada 7 atau 8 orang peserta. setiap peserta diarahkan sebelum makan harus menyuap makanan tersebut kepada rakannya sekurang-kurangnya 3 suapan. cara ini merupakan sunnah nabi yang Rasulullah lakukan ketika makan bersama sahabat-sahabat baginda.

Image

fasilitator muslimin.

– Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Setiap peserta telah dibahagikan kumpulan masing dan terdapat 11 kumpulan. setiap kumpulan harus menyediakan nama kumpulan masing-masing dan nama kumpulan haruslah terdapat perkataan ‘Muslim’. Antara nama kumpulan yang ada ialah ‘infinity Muslim’, ‘sohibul Muslim’, ‘Extraordinary Muslim’, ‘Muslim ma!’ dan banyak lagi. dalam slot LDK, setiap kumpulan akan melakukan aktiviti dalam kumpulan seperti diarahkan AJK slot tersebut. setiap kumpulan terdapat fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi. 

peserta diarahkan melukis wajah ibu bapa mereka dalam slot muhasabah..

– Slot Khas (Muhasabah)

slot ini disampaikan oleh kak Jannah yang berkaitan dengan cinta kepada Allah, Rasul dan Ibu-Bapa. slot ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta.

Salah satu checkpoint Explorace, bersedia mengambil whuduk untuk solat sunat Dhuha.

– Riadah Mujahideen (explorace)

dalam explorace ini terdapat 4 checkpoint. explorace ini telah menyediakan tugasan-tugasan berdasarkan Kuliah Dasar.

ucapan dari wakil peserta.

ucapan penghargaan dari pengarah program.

Ucapan Presiden PSS 2012/13, Saudara Zul Hilmey Makmud.

peserta muslimin terbaik!

peserta muslimat terbaik.

Penyampaian cenderakenangan kepada pengerusi Masjid nurul Hikmah, Bukit Padang, Kota Kinabalu. Encik Rumaini.

– Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah serta sijil.

ucapan perasmian dan penutupan program ini telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Siswazah Sabah, Mohd Zulhilmey bin Makmud. setelah itu ialah penyampaian hadiah kepada peserta.

ImageImage

– Lambaian ukhuwwah

slot ini ialah slot terakhir. dalam slot ini Ustaz Zaiem telah membacakan doa wehdah diikuti para peserta.

 

 akhir kalam, adalah diharapkan program ini memberikan impak yang besar kepada peserta-peserta yang mengikuti program ini. 

” kalian tahu apa yang luas?

bukan langit, bukan juga bumi. tapi ruang untuk perubahan. selagi nadi masih berdenyut. selagi nyawa belum di kerongkongan.

let’s change dear sisters n brothers. Be a better Muslim,inshaAllah! “

 

Image

                                         peserta Muslimin….

Image

Image

peserta Muslimat…..

ImageImage

ImageImageImage

Pameran dan Jualan….

 

 

masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

DEBAT!!

nyanyian lagu tema remaja Islam bangkitlah..

buku program.

Penghulu aka Peserta Muslimin terbaik.

 

SEKIAN TERIMA KASIH, SYUKRAN!!

BARAKALLAHU FIKUM..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s