Manusia, hiburan dan kehidupan

Manusia dan keinginan untuk berhibur merupakan sesuatu yang sukar untuk di pisahkan, ini kerana sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu mencari sesuatu untuk menjadikan hati dan jiwa mereka gembira dan tenteram.

Dan mengikut kamus dewan, hiburan ini di definasikan sebagai ; sesuatu (perbuatan, benda, dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati seseorang.

Maka bertepatanlah dengan naluri manusia, bila mana mereka tertekan dalam melakukan urusan seharian mereka, ataupun ketika mana mereka berada dalam kesedihan, pasti usaha untuk menghiburkan hati mereka akan di cari. Samada hiburan itu berbentuk nyanyian, muzik, tarian dan seumpamanya.

Hiburan bagi penulis bagi boleh di analogikan seumpama  peranan garam dalam sesuatu masakan. Kita memerlukan garam itu bagi mencukupkan rasa makanan kita, tapi dengan kadar yang berpatutan, ini kerana jika kita terlampau mamasukkan garam dalam masakan, ianya akan mengundang bencana. Bukan setakat makanan itu akan di buang, tapi pada masa yang sama, kesannya terkena kepada si pemakannya, terkena penyakit darah tinggi.

Namun jika kita tidak langsung menggunakan garam dalam masakkan, pasti rasa masakan itu tidak akan berjaya menarik si pemakannya.

Dan begitu jugalah keperluan hiburan dalam kehidupan ini. Mungkin tanpa hiburan, kehidupan manusia akan menjadi suram, sunyi, sepi dan tidak menarik. Yang mungkin boleh di samakan dengan dunia sang robot.

Jadi manusia memerlukan hiburan dalam mencorak perjalanan hidup mereka, namun ianya hanya dalam kadar ang berpatutan sahaja, ini kerena jika hiburan itu di ambil secara berlebihan, bukan kegembiraan yang mereka perolehi, tapi kekacauan yang mereka dapat.

Pendirian Islam terhadapan Hiburan.

 

Islam, satu agama yang sangat-sangat meraikan naluri dan fitrah manusia, bahkan sesekali pun tidak pernah menyekat keinginan semula jadi manusia ini. Walaupun hakikat sebenar penciptaan manusia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sebagai mana firma-Nya di dalam surah Az-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

Namun, sebagai agama yang sangat meraikan cara hidup manusia, islam langsung tidak menghalang mahupun menegah penganutnya dari melakukan perkara-kara yang mereka suka, selagi mana perkara itu tidak melanggari batasan syariat Islam.
Sebagaimana suatu kaedah usul fiqh yang selalu kita dengar, asal kepada sesuatu perkara yang di ciptakan oleh Allah itu adalah halal dan harus (as-aslu fi al-asyya’ al-ibahah) الاصل في الاشياء الاباحة. Tidak ada sesuatu pun yang haram, kecuali bilamana ianya sudah di gariskan oleh Allah melalui firman-firman-Nya dan hadith-hadith rasul-Nya. Dan sekiranya sesuatu perkara itu tidak mempunyai sandaran nas-nas yang sah (ini kerana kekadang terdapat hadith yang lemah dan palsu) atau hadith-hadith yang sorih menegahnya, maka setiap sesuatu itu kembali kepada hukum asalnya, yakni mubah (harus). Ulama-ulama Islam silam telah mengeluarkan kaedah ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi :

“Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti.” 
(QS 45:13 )

Bahkan jika di lihat kembali kepada sorotan sirah Rasulullah saw, dapat kita lihat bahawa baginda saw juga membenarkan untuk berhibur.

Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): “Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?”

Mereka menjawab:”Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi”

Kemudian Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha” 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i)

Realiti hiburan kini

Namun berbeza realitinya pada waktu ini, hiburan bukan lagi menjadi perkara sampingan, namun telah bertukar menjadi keutamaan. Terutama hiburan yang berbentuk nyanyian, muzikan dalam lawakan.

Saban hari ana muda di sajikan dengan seribu satu macam hiburan, melalui konsert, realiti tv, pencarian bakat dan pelbagai cara lagi yang di gunakan oleh golongan tertentu untuk menyebarkan hiburan ini.

 

Maka lahirkan satu generasi yang mana manjadikan hiburan ini sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka, malahan lebih teruk lagi mengagung-agungkan hiburan ini secara berlebihan sehinggakan layak bagi mereka untuk di gelarkan sebagai hamba kepada hiburan.

Bahkan lebih parah lagi, penyakit ini bukan sahaja melibatkan masyarakat awam, tetapi ianya juga turut mengjangkiti golongan agamawan. Yang mana menjadikan alasan untuk mendekati mad’u mereka. Ya, tidak salah untuk para pendakwah mahupun agawaman menggunakan pendekatan hiburan sebagai salah satu sara untuk menarik mad’u mendekati mereka, namun bila pendekatan bertukar menjadi fokus utama, maka ianya bukan lagi dapat menjadi pembantuan kejayaan dakwah tapi akan bertukar menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri.

Kesimpulan

Maka, untuk terkahirnya, dapatlah penulis simpulkan bahawa, berhibur ini tidak menjadi kesalahan kepada kita, selagi mana ianya tidak malanggar batasan syariat yang telah di tetapkan. Ini kerana kehendak berhibur ini merupakan sebahagian dari fitrah manusia.
Namun bila mana ianya di ambil secara berlebihan, perkara yang asalnya merupakan fitrah itu akan bertukar menjadi fitnah kepada manusia itu sendiri.

Wallau taala a’lam.

– Artikel iluvislam.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s