bingkisan tentang Islamic Summer Camp G.6!

Image

Assalamualaikum!

Alhamdulillah ‘ala kulli hal!

akhirnya ISC G.6 melabuhkan tirainya.  Dengan penyertaan seramai 33 Muslimin & 72 Muslimat. AJK seramai 41 orang & Fasilitator 21 orang.
ISC G6 menggabungkan peserta dari KRU dari 7 buah kawasan (Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Beaufort & Sipitang).
ISC merupakan program tahunan terbesar dalam takwim PSS.

Antara aktiviti menarik ialah ice breaking, riadah, jelajah dakwah, kuliah-kuliah dari penceramah hebat, kembara subuh dan banyak lagi.

ISC merupakan program yang mengajarkan dan menerapkan kepada peserta tentang DAKWAH iaitu bagaimana berdakwah, dengan siapa harus berdakwah dan SIAPA yang harus berdakwah. pengisian kali ini amat tinggi tahapnya, itulah sebabnya penyertaan ISC ini tertutup dan peserta yang terbaik yang akan dipilih dari setiap KRU kawasan. KRUKK telah menghantar peserta seramai 19 orang peserta iaitu 4 orang muslimin dan 15 orang muslimat.

kebanyakan AJK yang turut bersinergi untuk program ini merupakan bekas peserta dari ISC!..

oleh itu, setiap dari kita harus tahu bahawasanya dakwah ini bukan juga mudah bukan juga susah. bergantung dengan seseorang itu akan tetapi perlulah kita ketahui bahawa dakwah itu adalah WAJIB bagi setiap umat Muhammad.

firman Allah SWT

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk. (SURAH AN-NAHL AYAT 125)

ISC!! DAKWAH ITU CINTAA!!!

TAKBIRR!! ALLAHUAKBAR!

481029_4615093627307_1823301321_n

 

PESERTA DAN AJK KRUKK DI ISC G.6!

Advertisements