FLASHMOB PALESTIN PSS&KRU GABUNGAN KOTA KINABALU DAN PUTATAN

Image

alhamdulillah, selesai Flashmob Palestin KRUKK dan KRU Putatan juga PSS .. flashmob kami merupakan acara kemuncak di perhimpunan Untukmu Palestin bertempat di Padang Merdeka.. 

sangat ohsemm!. kami mendapat reaksi dan respons yang positif dari penonton sehingga penonton ikut bertakbir dan menitiskan air mata… TAKBIRRR! ALLAHUAKBAR..

NAHNU QODIMUN! 

PROGRAM KITA BERSAUDARA (QIAMULLAIL NOVEMBER)

qiamassalamualaikum!

pertama-tama dan selama-lamanya ayuhlah kita merafa’kan syukur kehadrat Allah SWT kerana sentiasa memberikan nikmat kepada kita dan! kita hendaklah bersyukur!.

sebelum kami berkongsi pengalaman kami tentang Program Ukhuwwah Fillah abadan abada. kami ingin berkongsi secebis ilmu yang insyaAllah bermanfaat buat kita semua.. Ianya tentang UKHUWWAH! ia berkait rapat dengan tema Qiamullail kali ini.

Kita sering membicarakan tentang ukhwah dan seringkali mendengar ungkapan“ukhwah Fillah Abadan Abada”.. Namun sedarkah kita apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh ungkapan tersebut dan mengapa kita perlu berukhuwah???

Perpindahan kaum Muhajirin dan Ansar adalah contoh yang terbaik untuk mentafsirkan definisi ukhwah yang sebenar. Perbezaan bangsa, keturunan dan kekayaan tidak menjadi kekangan dalam berukhwah tetapi kerana Islam mereka bersatu. Buktinya mereka sanggup berkorban harta dan isteri untuk dikongsikan kepada saudara baru mereka. Mungkinkan kita boleh melakukannya sepertimana para sahabat terdahulu lakukan??

Konsep sebenar ukhuwah.

“Ukhwah Fillah Abadan Abada”.. sejauh mana sebenarnya konsep ini kita implimentasikan dalam kehidupan kita?? Ukhuwah bukanlah satu subjek teori sains yang dipelajari di sekolah kemudian diaplikasikan di dalam makmal. Ia lahir dari dalam hati,untuk mendapatkannya kita perlu berusaha. Usaha yang bagaimana?? Banyak caranya, SMS,YM,kad ucapan,ziarah,keluar makan,berjalan-jalan,perbincagan Ilmiah, study group dan banyak lagi.. Wasilahnya banyak Cuma terpulang kita memilihnya.

Ramai dikalangan kita merasai sudah cukup berukhwah atau berkasih sayang apabila kita sentiasa bersama-sama dengan sahabat kita. Tetapi konsep sebenar ukhwah dalam Islam
Bukanlah begitu. Bagaimana bukti kita berukhwah kerana Allah??

1) Setiap kali bersamanya kita akan berasa aman dan tenang. Perlakuan,pertuturan dan akhlaknya membuatkan kita berasa ingin lebih dekat dengan Allah.
2) Kita tidak akan membiarkan dirinya melakukan dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah.
3) Sama-sama mengajak kearah kebaikan dang menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
4) Tidak mudah berkecil hati andai ditegur dan berlapang dada.
5) Mengamalkan konsep “Give & Take” bersedia untuk ditegur dan menegur, bersedia mendengar dan didengari.
6) Menunaikan janji dan amanah yang telah diberikan dan mudah memberi bantuan.
7) Memberi kekuatan dan nasihat ketika ditimpa musibah&kesusahan.
8) Tidak menceritakan keburukan sahabat dan menjaga aibnya.
9) Sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dalam doa setiap kali solat.

Hadith berkaitan Ukhuwah. 

Ø Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Ada tujuh macam orang yang
akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan
melainkan naunganNya 40 – yakni pada hari kiamat, iaitu: imam – pemimpin atau kepala yang adil, pemuda yang tumbuh – sejak kecil – dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla,seseorang yang hatinya tergantung – sangat memperhatikan – kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: “Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,” – ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang Ielaki,seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu -tidak menampak-nampakkannya, sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehkan airmata dari kedua matanya.” 41 (Muttafaq’alaih)

Ø Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, engkau semua tidak
dapat masuk syurga sehingga engkau semua beriman dan engkau semua belum disebut
beriman sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Sukakah engkau saya beri petunjuk
pada sesuatu yang apabila itu engkau semua lakukan, maka engkau semua dapat saling
cinta-mencintai? Sebarkanlah ucapan salam antara engkau semua.” (Riwayat Muslim)

Ø Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarah
kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang
malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan,” kemudian dihuraikannya Hadis itu
sampai kepada sabdanya: “Sesungguhnya Allah itu menctntaimu sebagaimana engkau
mencintai saudaramu itu kerana Allah.” (Riwayat Muslim)

Ø Dari Mu’az r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah ‘Azzawajalla berfirman:
“Orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu, maka mereka itu
akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para
syahid – mati dalam peperangan untuk membela agama Allah.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.

Ø Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Haknya seorang Muslim terhadap orang Muslim yang lain itu ada lima perkara yaitu
menjawab salam, meninjau yang sakit, mengikuti jenazahnya, mengabulkan undangannya
dan bertasymit kepada yang bersin – yakni kalau seseorang bersin dan mengucapkan
Alhamdulillah, maka yang mendengar hendaklah mentasymitkan – mendoakan – dengan
mengucapkan: Yarhamukalhh, artinya: Semoga Allah merahmatimu, kemudian yang bersin itu
menjawab: Yahdikumullah wa yushtihu balakum, artinya: Semoga Allah memberi petunjuk
padamu dan memperbaiki hatimu.” (Muttafaq ‘alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan demikian:
“Hak seorang Muslim terhadap orang Muslim lainnya itu ada enam perkara, yaitu
jikalau engkau bertemu dengannya, maka berilah salam kepadanya, jikalau ia
mengundangmu, maka kabulkanlah undangannya, jikalau ia meminta nasihat kepadamu, maka berlah padanya nasihat, jikalau ia bersin, maka doakanlah dia, jikalau ia sakit, maka ziarahilah akan dia, dan jikalau ia mati, maka iringilah jenazahnya.

akan tetapi, ramai as-syabab atau ar-rijal lupa dan mengambil remeh tentang ukhuwwah.. maka dengan itu, KRUKK dan PSS menganjurkan Program Kita Bersaudara (Ukhuwwah Fillah abadan abada) sebagai tema Qiamullail kali ini.

Program ini berlangsung pada 24-25 November bertempat di Masjid UMS. Program bermula pada jam 2 petang iaitu pendaftaran peserta. Kali ini kebanyakan peserta daripada SMK INANAM. Jumlah peserta ialah 37 orang iaitu muslimat 30 orang dan muslimin 7 orang. sementara menunggu waktu asar. Peserta diberikan ‘briefing’ yang dikendalikan oleh Kem komandan. Kem Komandan juga melantik penghulu dan penghuluwati. Selepas asar peserta diberikan minum petang. setelah itu bacaan Al-Mathurat yang dikendalikan oleh Kem Komandan. Setelah Al-Mathurat, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kemudian ta’aruf bersama AJK dan Fasilitator. Fasilitator setiap kumpulan merupakan pelajar-pelajar UMS. setelah itu, peserta diberikan perkongsian ilmu tentang ukhuwwah dan usrah daripada fasilitator masing-masing. setelah habis perkongsian ilmu tersebut, peserta hemat diri selama setengah jam dan dihidangkan makan malam. selepas makan malam, peserta solat maghrib berjemaah. Seusai solat maghrib, peserta telah mengikuti program yang dianjurkan oleh UMS sempena 10 muharram dan peserta dihidangkan bubur asy-syura. peserta mengikuti pengisian daripada masjid UMS. program tersebut habis selepas isyak. setelah isyak, kami mengadakan slot perkongsian pimpinan KRUKK yang dikendalikan oleh pengerusi dan timbalan pengerusi. setelah perkongsian tersebut, program dikendalikan oleh PSS iaitu akhi Fanshuri. setelah perkongsian, kami membuat Happy Circle.. pada mulanya bulatan antara kumpulan setelah itu bulatan besar iaitu bulatan muslimin dan muslimat yang terdiri daripada AJK, Fasilitator dan peserta. Bulatan gembira itu bertemakan Ustazah/Ustaz pilihan.. peserta yang terpilih akan menyampaikan tazkirah dengan tajuk yang diberikan. Macam-macam ragam semasa bulatan gembira tersebut dimana, ia menunjukkan ukhuwwah yang erat antara satu sama lain biarpun tidak mengenali antara satu sama lain. setelah pengisian tersebut. peserta diarahkan tidur.

peserta bangun pada jam 3.30 pagi dan kebanyakannya bangun tanpa dibangunkan. pada jam 4 pagi solat subuh berjemaah. setelah itu, bacaan Al-Mathurat. setelah itu, hemat diri dan sarapan pagi. Riadah kali ini ialah peserta harus berjoging daripada masjid UMS ke Stadium UMS.. sesampai ke stadium, peserta bermain futsal dan bola jaring antara AJK dan peserta. Peserta sampai ke masjid UMS pada jam 8.30 pagi dan bersarapan pagi serta hemat diri. kami menganjurkan penutupan tidak formal dan resolusi. setelah penutupan, peserta diarahkan gorong royong dan lambaian ukhuwwah serta sesi fotografi. pada jam 10 pagi, peserta bersurai.

antara gambar-gambar aktiviti

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

KITA BERSAUDARA!! (PROGRAM QIAMULLAIL NOVEMBER)

Image

 
Salam Ukhuwwah & Salam Maal Hijrah…

Khas buat para syabab & mawar agama, Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan program Kita Bersaudara yang bertemakan “Ukhuwwah Fillah Abadan Abada” pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 – 25 November 2012 ( Sabtu – Ahad ) 

Tempat : Masjid UMS, Kota Kinabalu 
Masa Pendaftaran : 2.00 Petang ( 24 November 2012 ) 
Yuran : RM 5.00 ( Seorang )

* Aktiviti menarik bakal menanti peserta.

*Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Ahli Jawatankuasa Program, Saudara Nazrin Bin Merasin ( 010 9346076 ) atau Saudari Nurain Sakinah Bte Latif ( 019 8328157 ).

TA’ARUF CINTA MUHAMMADKU (PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA JUN)

Assalamualaikum!

pertama-tama dan selama-lamanya ayuhlah kita merafa’kan syukur kehadrat Allah SWT kerana sentiasa memberikan nikmat kepada kita dan! kita hendaklah bersyukur!.

sejak dua menjak ini, umat Islam semakin hanyut pada arus modenisasi lantaran terlalu dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang tiada batas. Lantaran dengan itu, umat Islam semakin lupa tentang perjuangan Rasulullah SAW.. remaja sekarang juga majoritinya tidak mengenali dengan lebih dalam biografi Rasulullah malah lebih mengenali artis-artis duniawi lantaran dengan remaja yang semakin minat dengan K-POP terutamanya..

maka dengan itu, PSS dan KRUKK telah mengadakan program Qiamullail ta’aruf Cinta Muhammadku yang memberikan pendedahan kepada remaja untuk mengenali kekasih Allah itu dengan lebih dekat…

program itu berlangsung pada 23-24 jun 2012 bertempat di Masjid UMS kota kinabalu..ImageImageImageImage

 

DAKWAH ALAM MAYA (PROGRAM QIAMULLAIL PERDANA SEPTEMBER)

Image

Assalamualaikum!

pertama-tama dan selama-lamanya ayuhlah kita merafa’kan syukur kehadrat Allah SWT kerana sentiasa memberikan nikmat kepada kita dan! kita hendaklah bersyukur!.

seperti yang kita ketahui, remaja-remaja sekarang majoritinya lebih cenderung dengan alam maya atau dalam bahasa inggerisnya virtual world. mereka lebih suka berkongsi ilmu atau hal tentang kehidupan seharian mereka di alam maya contohnya facebook, twitter, blog, myspace, instagram, blackberry mesangger dan lain-lain. Oleh itu, KRUKK dan PSSKK telah menganjurkan program yang berbentuk alam maya sesuai dengan minat remaja zaman sekarang untuk mendedahkan kepada remaja tentang cara-cara memanfaatkan alam maya ini ke arah yang lebih baik dan lebih Islamik.

program ini berlangsung pada 29-30 september bertempat di Masjid UMS Kota Kinabalu.

antara aktiviti-aktivitinya ialah kembara malam, kuliah lapangan, riadah dan lain-lain.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

 

 

banyak lagi program-program yang memberikan kejutan dan! untuk pengetahuan anda! program ini mendapat respons yang sangat baik! Alhamdulillah.. jadi, jangan terlepas dari mengikuti program-program KRU dan PSS yang akan datang!! dijamin! dapat pengalaman dan yang paling penting! ganjaran pahala dari Allah! syukran kepada pihak-pihak yang memberikan komitmen untuk program ini dan peserta khasnya! terima kasih kerana join!! nanti join lagi ya!!

TIPS-TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN…

 
Peperiksaan ibarat sebuah medan peperangan untuk menguji kemampuan, strategi, ilmu pengetahuan dan ketangkasan yang dimiliki oleh seseorang calon. Ianya juga menjadi kayu pengukur kepada kecemerlangan seseorang dalam bidang akademik yang diceburinya, tidak kira di peringkat rendah mahupun universiti, hatta dalam alam kerjaya juga diwujudkan PTK (Penilian Tahap Kecekapan) sebagai tanda aras untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan. Di sini penulis ingin kongsikan tips-tips untuk cemerlang dalam peperiksaan, dengan harapan agar ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua Insya Allah :-
 
 
Sebelum Peperiksaan :
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta’yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti. 
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala’ah dan muraja’ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
  • Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
  • Bina komuniti (ijma’ wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
  • Ajar (ta’lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah/Universiti, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang (pengalam penulis) jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru/pensyarah dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam’ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma’thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru/pensyarah bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan,learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

SUMBER:http://zulkanai.blogspot.com

Flashmob Syria

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
 
12 Ogos 2012 – Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya mengadakan Flash mob berkenaan isu Syria pada pukul 5 petang pada hari berkenaan. Bertempat di Bazaar Ramadhan Taman Indah Permai, program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
 
 

Program ini merupakan aturan daripada Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Tindakan perkongsian ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang belum mengetahui isu global umat yang berlaku di sana. Ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan minda masyarakat agar lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman di sana.

 

Antara aksi yang sempat digambar dalam Flash Mob

Syahid~

Gambaran pencetus Revolusi Syria

 

Road show “Dari Syam Kepada Alam” ini, telah dilakukan di kawasan Sabah seperti Kundasang, Tambunan, Tawau, Lahad Datu dan beberapa kawasan lain sebelum diadakan di Kota Kinabalu. Seramai 21 orang skuad celik telah berjaya melaksanakan aksi senyap selama 5 minit sementara risalah penerangan isu Syria diedarkan kepada orang ramai yang berada di tempat berkenaan.
 
Dalam ucapan terima kasih, pengarah program, Mohd Shahfieq Sabdin turut menyelitkan harapan beliau kepada skuad bimbingannya selepas menamatkan Flash Mob, “Semoga apa yang dilakukan kita pada hari ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mampu menyelamatkan diri kita apabila di tanya di akhirat kelak.”
 
Kami Peduli!!
 
sumber: PSSKK